Dalam melakukan persiapan untuk memasak juadah buat keluarga, tidak kiralah sama ada pada hari biasa, ketika sambutan perayaan, mahu pun ada membuat kenduri, sudah pasti suasana di dapur akan sedikit kelam-kabut.
Dengan suasana sebegitu, mungkin ada berlaku apa-apa bahan masakan yang tertumpah, dan berselerak di lantai. Sekiranya ianya mudah untuk dibersihkan seperti, kulit bawang atau beras, dengan menyapu sahaja, ia pasti memudahkan kerja.
Tapi, bagaimana pula dengan tumpahan cecair, seperti minyak masak, atau pun kicap, nak membersihkannya agak sukar, dan memakan masa.
Mungkin dengan cara ini boleh menyelesaikan masalah anda. Jom kita lihat bagaimana caranya.
Nak raya-raya ni masa sibuk berkemas, terpecah pulak botol minyak gamat. Kalau kat dapur tu terlepas pulak plastik minyak masak. Adoi, habis banjir lantai dengan minyak.
Ni ha tips dan tutorial cara nak bersihkan minyak atas lantai.
Kome pakat share la reramai. Bermanfaat ni. Chef dah try. Hehe
Chef As
Social Entrepreneur
Sumber: Chef As – As Homemade
Via: SK
Sumber [Video] Tip Mudah Bersihkan Tumpahan Minyak Masak, Kicap, Atau Cecair Di Lantai