10 Jahanam 'Kenduri' Seorang Remaja Perempuan Kes Rebut Lelaki (Video)

10 Jahanam 'Kenduri' Seorang Remaja Perempuan Kes Rebut Lelaki

Viral di media sosial video seorang remaja perempuan yang dipercayai masih bersekolah dipukul beramai-ramai oleh sepuluh yang lain. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kunak, Sabah.

Namun, menerusi video yang tersebar, kemungkinan bukan semua yang terlibat dalam memukul remaja malang itu kerana ada juga yang dilihat 'bersubahat' menjadi batu api dengan merakam video pergaduhan yang tidak masuk akal itu.

10 lawan 1?

Kes Rebut Lelaki, Seorang Remaja Perempuan 'Lunyai' Dikerjakan 10 Yang Lain

Video pergaduhan tersebut sebenarnya dirakamkan untuk simpanan mereka sahaja. Namun, disebabkan rasa bangga dengan 'pencapaian' mereka, berjaya 'melunyaikan' remaja perempuan yang seorang itu, maka mulalah mereka menyebarkan ke rakan-rakan seperjuangan dan akhirnya available untuk tatapan umum.

"Ya! Kamilah yang terhebat! Budak Grunge! Gangster Sabah!"

Kes Gaduh Kunak Sabah

Video tersebut tersebar hinggalah sampai kepada kenalan mangsa. Dipercayai, kenalan mangsa yang tidak berpuas hati telah memviralkan video terbabit untuk tatapan umum khususnya pihak berkuasa.

Bimbang dengan penyebaran video tersebut oleh kenalan mangsa, 'kepala' 10 jahanam terbabit telah menghubungi kenalan mangsa tersebut dan merayu agar memadam video terbabit dan berjanji perkara sedemikian tidak akan berulang.

Nasi sudah menjadi bubur adik. Kini adik-adik sudah popular. Duduk rumah, berkurung dan tunggu pihak berkuasa datang untuk sumbat anda ke dalam penjara.

Kes pergaduhan terutama melibatkan remaja perempuan ini bukanlah yang pertama dilaporkan di Malaysia, khususnya di Sabah. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kawan sekolah anda, kekerasan bukanlah jalan penyelesaian. Kita tunggu tindakan pihak berkuasa terhadap kes ini.

Tonton video aksi hebat 10 jahanam 'melunyaikan' seorang remaja perempuan di bawah.




Sumber 10 Jahanam 'Kenduri' Seorang Remaja Perempuan Kes Rebut Lelaki (Video)

Post a Comment

Previous Post Next Post