8 Artis ditahan berpesta dadah, salah seorang adalah Pretty Asmara

LAPAN artis termasuk penghibur, Pretty Asmara, ditahan ketika sedang berpesta dadah dalam sebuah bilik di sebuah hotel di Jakarta, semalam.

Detik.com melaporkan, Ketua cawangan anti-dadah polis Metro Jaya, Doni Alexander, berkata ketika serbuan ada tujuh artis wanita dalam bilik berkenaan namun tidak seperti Preety yang disyaki mengedar, artis lain disyaki mengambil dadah.

Media Indonesia hanya menyiarkan huruf pangkal nama artis terbabit iaitu SS (pelakon filem), EY (penyanyi dangdut), ES (penyanyi dangdut), MA (penyanyi dangdut), AH (pelakon sinetron), GL (model), dan DW (penyanyi pop).

Mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut, termasuk ujian air kencing.

Menurut Doni, Pretty ditangkap sekitar 1 pagi, di sebuah hotel di Kemayoran, Jakarta Pusat, selepas polis menerima maklumat ada urusan jual beli dadah di situ.

“Sebenarnya Pretty bukan sasaran kami, tetapi seorang suspek dikenali sebagai Hamdani namun kita juga menangkap Hamdani,” katanya.

Difahamkan, polis menemui 0.9 gram dadah jenis syabu dan alat menghisapnya di bilik hotel sebelum menemui 1.12 gram lagi syabu, 23 pil ekstasi dan 25 pil dadah jenis H5 di bilik karaoke tempat mereka berkumpul.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber 8 Artis ditahan berpesta dadah, salah seorang adalah Pretty Asmara

Post a Comment

Previous Post Next Post