Badan anak baru lahir dipenuhi Vernix macam cheese, saudara-mara kata itu air mani yang melekat pada badan anak sebab hubungan di akhir kehamilan. Betul ke?

Kawan saya sent gambar anak beliau baru lahir pada usia 39 minggu. Badan anak dipenuhi VERNIX semacam cheese. Saudara mara datang melawat di wad hospital swasta. Kata mereka itu air mani melekat pada badan anak,sebab itu tidak elok bersama akhir kehamilan. Tanya beliau Betul ke air mani? . Saya kata itu mitos. Mana mungkin air mani boleh menembusi amniotic membranes yakni satu lapisan atau selaput yang melindungi bayi dan menampung amniotic fluid (air tuban). *saya sent gambar rajah kedudukkan bayi dalam amniotic sac dan mucus plug.

Badan anak baru lahir dipenuhi Vernix macam cheese, saudara-mara kata itu air mani yang melekat pada badan anak sebab hubungan di akhir kehamilan. Betul ke?

Badan anak baru lahir dipenuhi Vernix macam cheese, saudara-mara kata itu air mani yang melekat pada badan anak sebab hubungan di akhir kehamilan. Betul ke?

Manakala VERNIX. ketika di alam rahim lagi sudah terbentuk pada badan bayi untuk melindungi seluruh kulit bayi dari jangkitan dan akan meresap secara perlahan-lahan diakhir kehamilan dan selepas kelahiran. Ia juga berfungsi sebagai pelembab kulit bayi selepas kelahiran dan agen atibakteria dan antiviral. Kebiasaanya bayi cukup umur VERNIX tidak kelihatan begitu banyak berbanding Bayi pramatang.

Penjelasan mengenai VERNIX agak panjang lebar. Ini anda perlu lebih banyak masa untuk membaca dan bertanya kepada yang ahli. Cuma sebagai perkongsian santai dari saya sebagai orang awam,cream kuning seakan cheese itu bukan Air mani. Ia adalah VERNIX CASEOSA dan ia wujud ketika di alam rahim lagi.

*Arwah anak pertama saya lahir pada usia 37minggu. Vernix dia lebih kurang sama seperti gambar di bawah. Saya minta nurse untuk biarkan beberapa jam agar vernix diserap oleh kulit dengan baik.

Sumber gambar dari google.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Via: Muhammad Ahmad



Sumber Badan anak baru lahir dipenuhi Vernix macam cheese, saudara-mara kata itu air mani yang melekat pada badan anak sebab hubungan di akhir kehamilan. Betul ke?

Post a Comment

Previous Post Next Post