Doktor hamil alami keguguran ketika bedah pesakit tetap teruskan kerjanya dipuji netizen

Doktor hamil alami keguguran ketika bedah pesakit tetap teruskan kerjanya dipuji netizen

Doktor hamil alami keguguran ketika bedah pesakit tetap teruskan kerjanya dipuji netizen

Seorang doktor wanita menerima pujian hebat dari orang ramai kerana sanggup membahayakan nyawanya selepas dia tiba-tiba mengalami keguguran – yang juga menyebabkan dia mengalami pendarahan – ketika sedang melakukan satu pembedahan ke atas seorang pesakit lain.

Ketika kejadian, Dr. Mervat Mohamed Talaat sedang melakukan pembedahan caesarean ke atas pesakit tersebut di hospital Luxor General di Cairo, Mesir.

Dia mengalami kesakitan dan mula berdarah, namun tetap berdegil untuk menyudahkan pembedahan itu.

Selepas berjaya menyambut bayi pesakit itu, dia menyerahkan tanggungjawab kepada doktor yang lain dan dibawa keluar dari dewan bedah.

Dr. Talaat, yang bekerja di bahagian Obstetrik dan ginekologi, kemudian dialihkan ke bilik lain di hospital itu untuk rawatan.

Doktor tersebut mengalami kehamilan ektopik, di mana janinnya tumbuh di luar rahim dan akhirnya menyebabkan keguguran, laporan Al Arabiya.

Pada hari tragedi itu, Dr. Talaat dijadualkan untuk menjalnkan tiga pembedahan, kata berita tempatan.

Tindakan Talaat itu dipuji oleh Pengerusi Luxor Doctors Syndicate, Ahmed Hamza yang berkata kumpulan itu akan memberi penghormatan kepada Talaat kerana tindakan yang tidak mementingkan diri itu.

Sumber: Al-Arabiya

Via: SK



Sumber Doktor hamil alami keguguran ketika bedah pesakit tetap teruskan kerjanya dipuji netizen

Post a Comment

Previous Post Next Post