Dulu Dukung Anak Sambil Jual Pen, Sekarang Lelaki Pelarian Ini Miliki 3 Buah Kedai

Kata orang niat baik dibalas dengan kebaikan. Itulah yang diterima oleh seorang lelaki ini. Pada asalnya lelaki bernama Abdul Halim al-Attar, 33, pelarian dan juga seorang bapa perlu menyara kehidupan keluarganya dengan menjual pen di jalanan di Beirut.

Jika anda masih ingat, pada tahun 2015 gambar lelaki ini menjual pen sambil mendukung anaknya di jalan raya, pernah viral di media sosial.

Gambar yang dirakam oleh seorang wartawan online dari Norway, Gissur Simonarson, membuatkan netizen di seluruh dunia berasa simpati dengan nasib lelaki itu.

Dulu Dukung Anak Sambil Jual Pen, Sekarang Lelaki Pelarian Ini Miliki 3 Buah Kedai

Gissur juga turut membuat akaun Twitter untuk Abdul Halim dan melalui akaun Twitter itu, satu kempen mengumpul dana telah dilancarkan. Selepas hampir tiga bulan berlalu, kempen itu telah berjaya mengumpul dana 40 kali ganda dari jumlah asal yang diperlukan untuk membantu Abdul Halim.

Bekas Penjual Pen Di Jalanan Sambil Dukung Anak Kini Memiliki 3 Buah Kedai

Dengan dana terkumpul sebanyak $191,000 (RM821,300.00) itu, Abdul Halim mampu membuka kedai bakeri, kedai kebab dan restoran. Kakitangan kedainya terdiri daripada 16 pelarian warga Syria.

“Bukan sahaja hidup saya berubah, malah kehidupan anak saya dan lima pelarian Syria yang saya bantu juga turut berubah,” katanya.

Abdul Halim kemudian berpindah ke sebuah rumah pangsapuri yang lebih besar dan selesa di selatan Beirut. Anak perempuannya, Reem, 4, sangat memuja bapanya. Anak lelakinya, Abdullah, 9, telah kembali bersekolah selepas tiga tahun meninggalkan persekolahan.

Bekas Penjual Pen Di Jalanan Sambil Dukung Anak Kini Memiliki 3 Buah Kedai

Bekas Penjual Pen Di Jalanan Sambil Dukung Anak Kini Memiliki 3 Buah Kedai

Bekas Penjual Pen Di Jalanan Sambil Dukung Anak Kini Memiliki 3 Buah Kedai

Abdul Halim sangat bersyukur dengan kehidupan dan pendapatannya yang stabil dengan menjual roti dan kebab segar.

“Saya perlu melabur duit itu, jika tidak ia akan hilang begitu sahaja. Ramai yang menyapa saya dengan lebih baik bila berada di luar. Malah mereka lebih menghormati saya,” katanya.

Sungguh besar pahala orang-orang yang membantu Abdul Halim ini kerana mereka semua telah merubah kehidupan seorang pelarian menjadi lebih baik dan selesa. Inilah antara kebaikan bersedekah kepada orang miskin. Sungguh besar impaknya kepada masyarakat. Jadi, ringankanlah tangan untuk sentiasa memberi.

Bekas Penjual Pen Di Jalanan Sambil Dukung Anak Kini Memiliki 3 Buah Kedai

Bekas Penjual Pen Di Jalanan Sambil Dukung Anak Kini Memiliki 3 Buah Kedai


Sumber Dulu Dukung Anak Sambil Jual Pen, Sekarang Lelaki Pelarian Ini Miliki 3 Buah Kedai

Post a Comment

Previous Post Next Post