Edit gambar Najib dengan wanita mencolok mata, lelaki dipenjara sehari

Seorang lelaki mengaku bersalah mengubah suai gambar perdana menteri dan memaparkannya di laman sosial Facebook.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM3,500 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. — Foto oleh Yusof Mat Isa

Muhammad Zaidi Abdullah mengaku melakukan perbuatan itu dalam tiga tuduhan berasingan pada Disember tahun lalu, lapor Utusan Malaysia.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM3,500 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Zaidi, 40, dilaporkan mengubah suai gambar perdana menteri bersama wanita berpakaian mencolok mata.

Dia yang bekerja sebagai pembantu kedai kasut dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Akta berkenaan memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya.

Denda selanjutnya RM1,000 sehari jika kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Edit gambar Najib dengan wanita mencolok mata, lelaki dipenjara sehari

Post a Comment

Previous Post Next Post