PENGASAS Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida kesal dan terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab mencipta akaun palsu menggunakan namanya dan memalukannya di laman sosial, termasuk terbaru, Twitter @DatoSeriVida.
Status ‘Tadi ada doktor ucap thanks kat saya, sebab tadi lagu saya keluar kat radio tetiba pesakit yang dah koma empat tahun ni bangun dan tutup radio tersebut’ yang dimuat naik di Twitter itu semalam tular hari ini.
Menurut Dr Vida, akaun laman sosial menggunakan namanya bukan kali pertama sebaliknya beliau turut mengesan sebanyak 30 akaun di laman sosial yang menyamar sebagai dirinya.
“Geram saya dibuatnya, tak tahu dah nak cakap macam mana… saya hanya melihat perkara ini secara positif,” katanya yang muncul dengan single sulung berjudul I Am Me.
Single sulung itu sudah diperkenalkan menerusi platform digital dan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu.
Manakala, muzik video dijangka boleh ditonton pada awal Ogos depan.
Dr Vida sebelum ini juga ada membuat laporan polis berhubung perkara ini termasuk pada April 2016 apabila mengesan kewujudan satu akaun Facebook menyamar sebagai beliau dan memperdaya pengikut di laman sosial itu.
Sumber: Metro
Sumber “Geram saya dibuatnya, tak tahu dah nak cakap macam mana” – Datuk Seri Vida kesal pihak buat akaun palsu guna namanya dan memalukannya