Assalamualaikum adminnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
sy confessor yg tulis semalam pasal nak bercerai dengan sepupu sy hujung bulan ni. Sebelum tu, sy nak cakap terima kasih bnyak2 pada akak-akak yang bagi komen membina pada sy.
Baca cerita sebelum ini:
Sy ade terbaca jugak komen2 yg kata sy ni menipu lah, bajet2 maryam nabi isa lah. Sy tak pernah pun cakap sy ni semulia ibu nabi. Dan ade jugak yg ckap, sy mereka cerita, jujur sy cakap sikit pun sy tak ambil hati dgn komen begitu. Apa yang boleh sy buat. Sy doakan anda dan ahli keluarga tak terkena penyakit begitu.
Sy rsa serbasalah sbb post sy ramai yg bertengkar. Ade jugak komen yg cakap suami sy lurus dan pendidikan rendah lah. Sbenarnya, suami sy abis belajar dulu. Dia 2tahun tua dari sy. Dia ade degree dalam kos pengajian kaunseling. Muet dia pun tinggi dari sy. Cuma dia suka buat kerja yg tak duduk dalam ofis. Thats why dia kerja deliver.
Terima kasih kepada kak Cahaya Iman Haykal. Komen akak yg paling awal bagi dorongan pada sy semalam. tak lupa jugak pada akak2 yg lain. Terima kasih sekali lagi.
masa sy taip confess petang semalam, sy masih duduk kat umah parent sejak dari hari raya lagi. Jadi dah lebih kurang 3 minggu sy tak duduk dgn suami. Lepas abis cuti raya dia balik kl terus masuk kerja. Sbenarnya, lepas akak2 komen suruh sy luah pada sepupu sy tu. Sy tak ikut pun ckap akak2 semua. Sy rase biarlah apa nak jadi pun jadi lah.
Tapi sy tak sngka malam tadi, sy dapat wassap dari dia.
“Ap perasaan dapat banyak likes? Seronok ke buat macamtu?
Sy tetiba risau kalau2 dia baca post tu. sy tukar topik tanya dia dah ke makan belum.
Dia reply,
“kemas kain baju, esok pagi sy dtg ambil. Duk rumah orang lama-lama. Macam takde rumah sendiri pulak”.
Sy jadi geram pulak dia msj mcmtu.
Sy kemas semua pakaian. Time nak tidor tu, sy asyik terkenangkan kalau esok pagi dia marah2 sy psal post tu. Walaupun dia bukan jenis baran tapi sy pernah tgok dia pukul adik dia psal adik dia merokok kat asrama itupun 5tahun lepas.
Pagi tadi dia sampai, naik kereta saga dia tu. Terkejut jugak. Biasanya dia takpernah bawak kereta kalau jalan jauh. Balik kampung haritu pun kami naik bas jer.
Lepas salam2 dengan family, kami terus balik, dia taknak stay lama2 kat rumah ayah sy. Sepanjang kami dalam kereta tadi, dia senyap jer tak cakap2 ape. Sy pun tak berani nak tegur mcm2.
First time tgok dia serius. Biasanya blur dan cool jer. Sampai kat rumah, sy tanya lah, kenapa ambil cuti hari ni. Sy boleh naik bas balik kl. Dia diam jugak. Dari petang bawak ke isyak dia masih senyap.
Sy pun tak berani laa nak tanya banyak kali. Tengah nak lelapkan mata tadi. dia wassap sy mcm dalam gambar kat bwah ni. Sy rasa malam ni , sy lah insan yang paling bahagia sekali atas muka bumi.
Terima kasih sngt pada sis2 yang doakan kami. Semoga Allah jer yg dapat balas semua jasabaik sis2 semua. Harap2 dia tak baca post sy yg ni. Mesti dia marah lagi.
Btw, terima kasih sekali sis2 semua. Rasa lapang jer dada skrang ni.
Sumber: KRT
Sumber Ingat tak kisah gadis yang disangka mengandung lalu ayahnya paksa kahwin dengan sepupu? Lepas tahu kisah sebenar ayah suruh cerai pula. Ini sambungannya. Happy ending! Sweet sangat!