Isu gambar peluk suami, Anis beri respon balas: “Ia perkara biasa, artis lain lebih intim”

Pelakon Anis Al Idrus merasakan gambar intim bersama suaminya yang dimuat naik hari ini tidak keterlaluan.

Pasangan ini diijabkabulkan di Shah Alam minggu lalu selepas setahun mengenali hati budi masing-masing. — Foto ihsan Instagram/Anis Al Idrus

Anis, 29, berkata gambar bersama Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim tidak keterlaluan kerana terdapat artis lain yang melakukan lebih hebat daripada itu.

“Saya rasa gaya sebegitu tidak keterlaluan kerana sebelum ini pun ada selebriti lain yang memuat naik gambar jauh lebih intim berbanding apa yang saya lakukan.

“Bagi saya, ia perkara biasa,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Pelakon drama Duda Terlajak Laris memuat naik gambar seakan-akan berkucupan bersama suami di laman Instagram miliknya hari ini.

Gambar yang menyaksikan mereka saling berdakapan itu tidak digemari sesetengah peminatnya dan meminta ia agar dijadikan koleksi peribadi saja.

Pasangan ini diijabkabulkan di Shah Alam minggu lalu selepas setahun mengenali hati budi masing-masing.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Isu gambar peluk suami, Anis beri respon balas: “Ia perkara biasa, artis lain lebih intim”

Post a Comment

Previous Post Next Post