Jawapan Sebenar Kepada Tweet Viral Da'i Wan, Arwah Ahli Keluarga Dapat Lihat Amalan Kita

Jawapan Sebenar Kepada Tweet Viral Da'i Wan, Arwah Ahli Keluarga Dapat Lihat Amalan Kita


Tweet Da'i Wan mengenai "orang yang meninggal dunia, kalau arwah ialah ahli keluarga kita, arwah dapat lihat amalan kita" boleh dikatakan viral dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pengamatan kami, thread tersebut telah mencecah ribuan perkongsian dalam beberapa jam sahaja.

Namun, thread tersebut sebenarnya menimbulkan banyak kontroversi kerana ramai yang mendakwa ianya hadith palsu dan karut.

Beikut merupakan thread yang dikongsikan Da'i Wan itu:

Arwah Ahli Keluarga Dapat Lihat Amalan Kita? Ini Jawapan Kepada Tweet Viral Da'i Wan

Jawapan Sebenar Kepada Tweet Viral Da'i Wan

Jawapan Sebenar Kepada Tweet Viral Da'i Wan

Jawapan Sebenar Kepada Tweet Viral Da'i Wan

Jawapan Kepada Tweet Viral Da'i Wan

Jawapan Kepada Tweet Viral Da'i Wan

Jawapan Kepada Tweet Viral Da'i Wan


Jawapan Kepada Tweet Viral Da'i Wan

Jawapan Kepada Tweet Viral Da'i Wan

Bagi menjawab samada hadith yang digunapakai untuk menguatkan hujah dalam thread tersebut, kami kongsikan kepada anda jawapan Pseudo Hadis mengenai isu itu.

AMALAN ORANG HIDUP DIPERTONTONKAN KEPADA ORANG MATI: KOMENTAR PSEUDO HADIS KEPADA TWEET DA’I WAN

Dalam tweet Da’i Wan (DW) bertarikh 23/7/2017, DW menyatakan; 

- Arwah keluarga kita yang telah meninggal dunia dapat lihat amalan kita yang masih hidup.

- Mereka dapat lihat dari kubur mereka, [Rujuk point 3 dan 4], dan sedang menontonnya sekarang. [Rujuk point 14].

- Dalil 1: hadith Anas bin Malik RA, riwayat Ahmad dan Abu Dawud al-Tayalisi [rujuk point 5 dan 6].

- Dalil 2: hadith Jabir RA [rujuk point 7].

- DW menyebut amalan kita diperlihatkan pada hari Isnin dan Khamis. Untuk arwah keluarga, ia diperlihatkan pada hari Jumaat. Rujukannya hadith riwayat al-Tirmizi, yang disebut dalam kitab Nawadir al-Usul. [Rujuk point 12].

- Arwah keluarga mendoakan kebaikan untuk ahli keluarga yang masih hidup. [Rujuk point 8 dan 9].

KOMENTAR ADMIN PSEUDO HADIS:

Setelah kami membuat penelitian terhadap 17 riwayat (hadith, kata-kata sahabat atau tabiin) dalam Kitab al-Tazkirah oleh al-Qurtubi dan Kitab al-Ruh oleh Ibn al-Qayyim yang berkaitan dengan topik di atas, kami simpulkan hasilnya seperti berikut;

1. Terdapat banyak riwayat hadith atau athar sahabat dan tabiin yang menyatakan bahawa amalan orang hidup dibentangkan kepada orang mati.

2. Sandaran paling kukuh ialah hadith Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَيَأْتُونَ بِهِ أَرْوَاحَ الْمُؤْمِنِينَ فَلَهُمْ أَشَدُّ فَرَحًا بِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ بِغَائِبِهِ يَقْدَمُ عَلَيْهِ، فَيَسْأَلُونَهُ: مَاذَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَاذَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ فَيَقُولُونَ: دَعُوهُ فَإِنَّهُ كَانَ فِي غَمِّ الدُّنْيَا، فَإِذَا قَالَ: أَمَا أَتَاكُمْ؟ قَالُوا: ذُهِبَ بِهِ إِلَى أُمِّهِ الْهَاوِيَةِ

Terjemahan: Maka para malaikat membawa rohnya (mukmin) berjumpa dengan roh-roh orang mukmin lain. Maka mereka sangat gembira melebihi kegembiraan apabila berjumpa setelah kehilangan seseorang. Mereka bertanya kepadanya; “Apa yang dilakukan oleh polan?” dan “Apa yang dilakukan oleh polan?”. Maka mereka berkata, “Biarkannya (berehat) dahulu. Maka sesungguhnya dia baru melepasi kepenatan di dunia.” Maka dia bertanya (tentang seseorang), “Adakah dia tidak mendatangi kalian?” Mereka menjawab. “Dia telah pergi ke tempanya neraka Hawiyah.” Sehingga akhir hadith.

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Nasa’i [al-Sunan al-Sughra, 4/8, no 1833], Ibn Hibban [Sahih Ibn Hibban, 7/ 87, no 3014], al-Hakim [al-Mustadrak, 1/ 4-5, no 1302 dan 1303 ], al-Bayhaqi [Ithbat ‘Azab al-Qabr, 1/ 28, no 24] dengan sanad mereka daripada Abu Hurayrah RA. Al-Hakim berkata, “Kesemua sanad-sanadnya adalah sahih.” Ia dinilai ‘sahih’ oleh al-Albani.

3. Hadith Anas bin Malik RA diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad. Sanadnya “lemah” kerana tidak diketahui perawi yang menjadi perantaraan antara Sufyan al-Thawri dan Anas bin Malik RA. Lihat Ahmad bin Ḥanbal, Musnad Aḥmad ed. Al-Arnaūṭ, 20: 114.

4. Manakala hadith Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh aHakeem al-Trimizi [m 320 H] (bukan Imam al-Tirmizi [279 H]) dalam kitabnya, Nawadir al-Usul, sanadnya “sangat lemah” kerana Aban bin Abi ‘Ayyash, perawi yang matruk (ditinggalkan riwayatnya). [Rujuk post point 12.]

5. Hadith Jabir yang dimaksudkan oleh DW diriwayatkan oleh Abu Dawud al-Tayalisi. [al-Musnad, h 248, no 1794]. Sanad hadith ini ‘sangat lemah’ kerana terdapat al-Salt bin Dinar, perawi yang matruk.

6. Hadith Abu Ayyub al-Ansari diriwayatkan secara marfu’ (sebagai sabda Nabi SAW) dan mawquf (kata-kata Abu Ayyub). Status riwayat secara marfu’ adalah ‘sangat lemah’.

Manakala riwayat secara mawquf telah disahihkan oleh al-Albani [al-Silsilah al-Sahihah, no 2758]. Walau bagaimanapun, sanadnya adalah terputus iaitu antara Thawr bin Yazid dan Abu Ruhm al-Sima’i. Al-Albani cuba menggunakan riwayat marfu’ bagi mengenal pasti perantaraan itu, bagi menyokong riwayat mawquf.

Perantaraan yang dimaksudkan ialah; 

- Khalid bin Ma’dan: Ditambah dalam riwayat Salam al-Tawil, seorang perawi yang matruk. Rujuk riwayat Yahya bin Muhammad bin Sa’id [Zawaid al-Zuhd, h 150, no 444].
- ‘Abdul Rahman bin Salamah al-Khusyani, seorang perawi matruk. Rujuk riwayat al-Ṭabrāni [al-Muʻjam al-Kabir, 4/ 129, no 3887 dan al-Awṣaṭ, 1/ 53, no 148. Lihat juga al-Albani, al-Silsilah al-Da’ifah, no 864 dan Ahmad bin Ḥanbal, Musnad Aḥmad ed. Al-Arnaūṭ, 20: 114.

Justeru, penggunaan riwayat marfu’ untuk menyokong dan mengenal pasti perantaraan antara Thawr bin Yazid dan Abu Ruhm tidak wajar dan tidak membantu menyambung riwayat mawquf.

Manakala hadith dan athar lain tidak terlepas daripada kritikan.

7. Berdasarkan hadith Abu Hurayrah RA, dirumuskan bahawa orang mati dapat mengetahui amalan orang hidup. Ia melalui PERKHABARAN roh mukmin yang baru meninggal dunia kepada roh-roh mukmin yang lain.

8. Ia bukan seperti yang didakwa dan difahami oleh DW iaitu seolah-olah mereka sedang menonton perbuatan orang hidup dari kubur.

9. Berlaku kontradiksi antara dua kenyataan DW. Pertama, amalan diperlihatkan kepada orang mati pada hari Jumaat (palsu). Kedua, menyatakan mereka sedang melihat kita sekarang.

10. Hadith Abu Hurayrah RA juga menceritakan perihal roh orang mukmin yang saling bertegur sapa. Tiada hadith yang menyatakan roh jahat juga berbuat demikian. Mengapa DW gambarkan kepada pembaca bahawa arwah keluarga sedang diseksa oleh azab kubur, dan tidak mahu anak cucu mereka terlibat sama? Ia huraian di luar konteks hadith.

Takut dan seganlah kepada Allah, bukan kepada roh orang mati. Sekian.


Sumber Jawapan Sebenar Kepada Tweet Viral Da'i Wan, Arwah Ahli Keluarga Dapat Lihat Amalan Kita

Post a Comment

Previous Post Next Post