“Kami Bukan Adik-beradik Tiri” - Pendedahan Mengejutkan Raysha Rizrose Tentang Hubungan Dengan Uqasha, Nelydia
Adik beradik ini merupakan antara artis paling cantik di Malaysia.
Mereka ialah Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan juga adiknya Raysha Rizrose.
Ketiga-tiga mereka kini merupakan nama yang amat besar dan begitu popular di dalam industri seni.
Umum mengetahui, hubungan mereka bertiga ini adalah sebagai "adik beradik tiri" namun ramai yang tak tahu status hubungan sebenarnya.
Ini pendedahan dari Raysha Rizrosez tentang status pertalian hubungan darah antara dirinya dengan Nelydia dan Uqasha Senrose.
Jom baca: (Sumber: "InTrend")
Apa Pertalian Dengan Nelydia Dan Uqasha.
"Kami adik beradik seibu, tetapi berlainan bapa. Maka kami dikira adik-beradik ya, bukan adik-beradik tiri.
"Memang saya akui ramai yang silap dan keliru perihal ini. Uqasha dan Nelydia adalah anak hasil perkahwinan pertama mama dengan suami terdahulu.
"Selepas berpisah, mama menikah dengan ayah dan hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan empat orang anak termasuklah saya.
"Walau berlainan bapa, namun kami lebih selesa jika umum tahu yang kami adik- beradik, tiada istilah lain bapa dalam hidup kami tujuh adik- beradik (empat perempuan dan tiga lelaki).
Hubungan Dengan Kakak
"Hubungan kami sangat rapat memandangkan kami membesar bersama yakni di bawah jagaan mama. Sejak dilahirkan memang saya sudah tingggal di bawah satu bumbung dengan kakak.
"Celik-celik mata dah nampak kakak- kakak saya, hahaha... Jadi tiada isu kenapa hubungan kami tidak mesra.
"Sudah tentu tidak timbul rasa iri atau dengki dengan kejayaan mereka. Kalau kakak berjaya, itu sudah rezekinya. Malah sebaik-baiknya kami menyokong antara satu sama lain. Percayalah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Apatah lagi kami adik-beradik.
"Hubungan kami sangat rapat. Dialah kakak, dialah BFF dan dialah juga musuh. Kalau di rumah misalnya, kami tidur sama-sama, kongsi baju dan aksesori. Jadi sesi berebut barang sudah acapkali terjadi. Maklumlah sejak dari kecil membesar bersama mereka.
"Memang ada kalanya saya naik menyampah tetapi dah kena hadap hari-hari, nak buat macam mana, hahaha... Kalau kak Sha dan kak Nely tak ada di rumah pun tak best juga.
"Ya, hubungan saya dengan kedua- duanya memang rapat, cuma saya rasa lebih manja dengan kak Sha, maklumlah dia paling senior antara kami.
"Kak Nely pula selalu merasakan yang dirinya adik walhal saya lebih muda. Jika kami bergaduh selalunya kak Sha yang bertindak sebagai orang tengah untuk meleraikan pergaduhan.
"Apa pun selalunya kak Sha akan back up saya, hehehe... So, kak Nely jangan cemburu ya! Tapi kami gaduh-gaduh manja. Tak 'best'lah adik-beradik tak gaduh, kan?
Sekarang jelaslah hubungan mereka bertiga. Mereka adik beradik dan telah dijaga ibunya sejak ekcil bersama.
Hubungan juga amat rapat dan jika dilihat di laman Insta, mereka sering keluar bersama.
Sumber “Kami Bukan Adik-beradik Tiri” - Pendedahan Mengejutkan Raysha Rizrose Tentang Hubungan Dengan Uqasha, Nelydia
Tags:
BM