Konduktor Bas Pulangkan Wang Tertinggal RM129,000, Tapi Apa Yang Dia Dapat Sungguh Mengecewakan

Konduktor Bas Pulangkan Wang Tertinggal RM129,000

Seorang konduktor bertindak jujur apabila memulangkan satu beg yang mengandungi wang 1 juta bath (RM129,000) kepada seorang pemandu yang tertinggal beg terbabit. Kejujuran konduktor itu dibalas dengan ganjaran oleh pemilik wang itu - dengan dua beg gula-gula.

Sumon Mitdul, 50, yang bekerja sebagai konduktor Bas No. 511 di pinggir Bangkok mengambil beg galas yang mngandungi THB1.2 juta ke balai polis Samut Prakarn dengan berkata seorang penumpang lelaki tertinggal di atas kerusi.

Sumon memberitahu polis bahawa dia mengingati penumpang itu dengan jelas - seorang lelaki berkaca mata berumur 30-an.

Sehari selepas itu, penumpang pelupa itu yang juga seorang pakar sakit puan, datang ke balai polis berkenaan untuk mengambil semula beg galas itu.

Menurut penumpang itu, dia tinggal dan bekerja di Chonburi. Pagi kejadian, dia mengeluarkan wang 1 juta bath tunai di sebuah bank berdekatan dengan rumahnya sebelum menaiki bas berkenaan.

Selepas menyedari yang dia tertinggal beg galas terbabit, dia pergi semula ke stesen bas untuk mencarinya dan diarah supaya pergi ke balai polis tersebut.

Sebagai ganjaran, doktor itu memberikan konduktor itu dua beg gula-gula yang tidak dinyatakan jenisnya.

Netizen mencemuh ganjaran yang diberikan oleh doktor itu dengan menyifatkan beliau sebagai kedekut.


Sumber Konduktor Bas Pulangkan Wang Tertinggal RM129,000, Tapi Apa Yang Dia Dapat Sungguh Mengecewakan

Post a Comment

Previous Post Next Post