Latar Belakang Dennis Muhammad Abdullah, Jejaka Pilihan Tunku Tun Aminah

Hari ini, rakyat Malaysia terutamanya di negeri Johor menerima perkhabaran gembira apabila anakanda Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bakal melangsungkn perkahwinan pada 14 Ogos nanti.

Tapi siapakah jejaka yang menjadi pilihan Tunku Tun Aminah itu?

Memetik laporan Bernama, Dennis Muhammad Abdullah atau nama asalnya Dennis Verbaas merupakan jejaka dari Belanda.

Latar Belakang Dennis Muhammad Abdullah, Jejaka Pilihan Tunku Tun Aminah
Watson, Bobby, Tunku Aminah dan Edo Pillu

Dennis Muhammad dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan dengan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua dari tiga beradik.

Dennis, yang juga anak kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas, menerima pendidikan di Floretti College Hilego The Netherlands dan kemudian meneruskan pembelajaran di ROC Leiden, The Netherlands dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

Bagaimanapun, Dennis bukannya seorang yang asing buat Tunku Tun Aminah.

Dennis, yang juga gemarkan bola sepak, pernah bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store dan Cafe. Dia kemudiannya bekerja sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers di Singapura.

Dennis memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajianal-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.

“Mulai tahun ini, Dennis Muhammad diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan tuanku. Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dan pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan.

Dennis Muhammad lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal,” kata Abdul Rahim.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang foto Dennis yang ditemui.

Sumber Latar Belakang Dennis Muhammad Abdullah, Jejaka Pilihan Tunku Tun Aminah

Post a Comment

Previous Post Next Post