Mangsa kes pajak pula ditahan polis – PPIM

PANAS… Isu serbuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ke atas sebuah gudang kereta ‘haram’ di Kajang, Selangor yang didakwa menipu ramai pelanggan baru-baru ini terus ‘hangat’.

Mangsa Kes Pajak Tipu Pula Ditahan Polis - PPIM

Setelah dikejutkan dengan laporan gudang milik AGR Auto Sdn. Bhd. itu menceroboh tanah ramai pemilik dan isu syarikat pajakan kereta tersebut ‘menyimpan’ kenderaan tanpa prosedur sah, kali ini mangsa pula ditahan polis.

Tindakan itu dipercayai susulan laporan aduan yang dibuat syarikat berkenaan selepas gudang mereka diceroboh PPIM pada Isnin lalu dan menyaksikan pihak polis ‘cekap’ membuka kertas siasatan kes baharu begitu pantas.

Perkara itu didedahkan Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi menerusi akaun Facebook rasminya pada Jumaat dan turut memaparkan rakaman eksklusif temubual dengan isteri mangsa yang berjaya ditahan polis.

Beliau menulis kapsyen: ‘Rentetan kes penipuan syarikat pajakan kenderaan AGR AUTO SDN BHD, salah seorang mangsa penipuan syarikat itu ditahan. Membantu siasatan atas tuduhan ugut salah seorang pengikut Dato Kabi.’

Video berdurasi 1 minit 44 saat dirakamkan di pejabat PPIM di ibu negara itu ternyata membangkitkan rasa marah ramai netizen apabila disaksikan lebih 50,000 kali tidak sampai sejam dimuat naik dan menerima banyak komen.

Ia malah turut mendapat lebih 3,000 tanda sokongan selain dikongsi hampir 700 kali oleh pengguna media sosial tempatan sekali gus membayangkan ada yang tidak kena dalam isu tindakan pihak polis terhadap mangsa kes itu.

Berdasarkan rakaman tersebut, si pengadu iaitu isteri mangsa mendakwa suaminya dibawa dua orang anggota dari Balai Polis Serdang kira-kira jam 3 pagi untuk disoal siasat dan wanita berkenaan juga tidak tahu apa puncanya.

Namun berdasarkan perbualan terakhir dengan suaminya menerusi aplikasi Whatsapp sebelum dimatikan, lelaki itu direman konon untuk membantu siasatan kes pencerobohan terhadap gudang syarikat pajakan kereta berkenaan.

“Saya tidak dibenarkan masuk ke balai untuk bertemu dia, saya tidak tahu berapa lama ditahan reman, mungkin ramai akan ditahan lagi selepas ini,” luah wanita yang mempunyai dua anak kecil itu dalam nada cukup sebak.

Yusuf dalam reaksi spontan susulan penahanan mangsa berkenaan bagaimanapun meminta pengguna yang ditindas oleh syarikat tersebut untuk tidak gentar hanya kerana individu itu konon mengaku mempunyai pengaruh hebat.

Setakat ini, pihak polis belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kes penahanan mangsa tetapi isu terbaharu itu mungkin menjejaskan imej pihak berkuasa jika terus berlarutan.

 

Sumber: Mynewshub.cc



Sumber Mangsa kes pajak pula ditahan polis – PPIM

Post a Comment

Previous Post Next Post