Mia Ahmad rela muka kena conteng kerana ayam goreng daripada jadi penyebab suami isteri bergaduh

GARA-GARA pelakon Mia Ahmad menjadi model iklan ayam goreng terkenal, sepasang suami isteri dikatakan bergaduh sehingga insiden itu menjadi tular menerusi laman sosial baru-baru ini.

Mia Ahmad rela muka kena conteng kerana ayam goreng daripada jadi penyebab suami isteri bergaduh

Mia Ahmad rela muka kena conteng kerana ayam goreng daripada jadi penyebab suami isteri bergaduh

Mia asalnya cuma muat naik foto paparan skrip perbualan seorang isteri berasa cemburu apabila mempertikaikan tindakan suaminya hantar gambar iklan Mia sedang menikmati seketul ayam goreng McDonald’s atau McD.

Dalam salah satu foto yang dikongsikan aktres berkenaan pada Khamis itu, wanita tersebut dilaporkan portal MStar Online sebagai telah bertindak menconteng wajah Mia, 29, atau nama penuhnya iaitu Shamihah Ahmad Baderi.

Perbuatan itu mendorong ramai netizen mencatatkan pelbagai reaksi dalam ruang komen foto tersebut. Malahan suami Mia, Mohd. Izham Tarmizi Roslan yang juga penjaga gol pasukan JDT turut menyatakan pandangannya.

 

Ia berpunca gara-gara suami wanita berkenaan berkata ‘dapnyaaa syg’ (sedapnya sayang) pada gambar Mia itu bersama ayam goreng, namun si isteri membuat tafsiran adakah wanita tersebut yang dimaksudkan sebagai sedap.

“Nampak ini di Facebook. Ia jadi tular. Kelakar! Saya gelak guling-guling walaupun cuba baca dua tiga kali baru faham sebab tak faham bahasa digunakan. Tak apa dik, kakak rela muka kena conteng. Jangan gaduh-gaduh dah ya?” tulis Mia.

Berikut adalah antara mesej yang ditinggalkan beberapa netizen susulan gambar Mia diconteng wanita berkenaan:

@izhamtarmizi: Takpa nanti balik I conteng lagi banyak ya kak.
@miss.shera95: Hahaha lawak lah.
@adamhasri: Kesian kak Mia haih muka cantik cantik dia conteng pula adoi.
@miss.anyss: Saya pun gelak apabila tengok…. Hahaha.
@noorfauziah8323: Pasal ayam McD pun nak kecoh-kecoh. Kesian Mia kita. Dia yang kena tempias… Sabar lah Mia…
@shahnjit: Hahaha… Memang kelakar habis. Pasal ini pun nak jealous. Tapi betul kata Mia, rela diconteng dari jadi sebab laki bini gaduh. Choi betul!

Ketika dihubungi mStar Online, Mia memberitahu dia sekadar menganggap perkara dilakukan oleh wanita itu yang telah menconteng wajahnya dengan grafik garisan warna merah tersebut barang kali sekadar gurauan sahaja.

“Saya hanya mampu gelak saja apabila baca paparan skrin yang viral dekat Facebook. Pada mulanya, saya tidak berapa faham apa yang mereka cuba sampaikan. Tidak sangka pula iklan itu boleh buat orang lain bergaduh.

“Namun, saya tak tahu benda ini betul atau gurauan saja. Tapi kalau betul, hari raya ini janganlah gaduh-gaduh. Saya reda muka diconteng daripada jadi penyebab suami isteri bergaduh,” kata Mia.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 



Sumber Mia Ahmad rela muka kena conteng kerana ayam goreng daripada jadi penyebab suami isteri bergaduh

Post a Comment

Previous Post Next Post