GARA-GARA kasihankan kisah sedih seorang jejaka Korea Selatan, gadis Singapura ini telah ditipu lebih S$13,000 (kira-kira RM40,000)!
Empat puluh ribu ringgit? Bukan nilai yang sedikit! Ia adalah satu nilai yang besar. Sedangkan ingin mengumpul seribu sahaja pun agak payah, inikan pula jumlah yang sebegitu besar.
Begitulah nasib malang yang menimpa seorang gadis seberang tambak Johor ini apabila mendapati dia telah ditipu oleh seorang jejaka Korea Selatan berumur 20 tahun.
Atas dasar kasihan mendengar kisah yang kononnya sedih diceritakan oleh jejaka tersebut, gadis ini bernekad untuk meminjamkan wangnya sendiri.
Berikut adalah perkongsian gadis tersebut di laman Facebooknya:
Gadis ini turut menyatakan bahawa jejaka tersebut dikehendaki oleh pegawai polis dan pegawai imigresen Korea atas sebab dia tidak hadir serta tidak mahu mengikuti latihan ketenteraan di Korea Selatan.
Di Korea, melarikan diri daripada latihan ketenteraan adalah suatu kesalahan yang besar.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Oleh: Amy Maizura
Sumber Oh abang K-Pop! Gara-gara kesiankan kisah sedih jejaka dari Korea Selatan, gadis Singapura ini rugi RM40,000