Seorang pemandu Uber melalui detik cemas apabila seorang penumpang warga asing berbadan sasa mencabulnya semasa berhenti menurunkan lelaki itu.
Wanita berusia 23 tahun itu mendakwa lelaki itu memegang tangan kirinya dan menciumnya ketika mahu membayar tambang, lapor The Star Online.
Penumpang yang diambil dari Bukit Beruang didakwa enggan turun dari kereta apabila tiba di destinasi di perumahan di Taman Kesidang di sini, Selasa lalu
Portal itu difahamkan suspek mengajak mangsa keluar dengannya dan berjanji untuk “menjaganya dengan baik.”
Mangsa kemudian menjerit dan menyuruhnya keluar dari kereta sebelum memandu ke arah balai polis.
Ketua polis daerah Melaka Tengah ACP Afnizar Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Beberapa kes gangguan seks melibatkan penumpang wanita berlaku sebelum ini, antaranya kes pemandu Uber yang didakwa mencabul wanita Vietnam pada 8 Jun lalu.
Sumber: Malay Mail
Sumber Pemandu Uber wanita lalui detik cemas dicium dan dicabul penumpang warga asing berbadan sasa