KLUANG: Seorang Penolong Pegawai Perubatan (MA) maut terjatuh dari tingkat tiga ketika cuba memanjat memasuki rumahnya selepas tertinggal kunci di kuarters kediaman Penjara Simpang Renggam, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, Muhamad Fahmi Abd Ghani, 25, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham, berkata berdasarkan keterangan saksi, mangsa dikatakan memanjat tebing belakang rumahnya untuk masuk melalui pintu belakang tetapi hilang imbangan lalu terjatuh.
“Beberapa jiran yang menyaksikan kejadian bergegas untuk membantu mangsa namun gagal sebelum menghubungi pasukan perubatan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Muhamad berkata, mangsa yang berasal dari Muar tinggal seorang diri dan belum berkahwin.
Katanya, mayat dituntut keluarganya selepas bedah siasat dan dikebumikan di kampungnya.
“Kematian mangsa dikategorikan sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar,” katanya.
Sumber: Bharian
Sumber Penolong Pegawai Perubatan maut terjatuh dari tingkat 3 lepas cuba panjat masuk rumah kerana tertinggal kunci