Perancis sekat minyak sawit, Malaysia ugut akan bertindak balas

Malaysia mungkin mengkaji semula perdagangannya dengan Perancis termasuk mengurangkan import produk Perancis berikutan langkah negara itu mengehadkan penggunaan minyak sawit dalam bahan api bio.

 kelapa-sawit-minyak-masak-perancis

Khamis lalu, Perancis berkata ia akan mengambil langkah untuk menyekat penggunaan minyak kelapa sawit dalam pengeluaran bahan api bio dalam usaha untuk mengurangkan pembasmian hutan di Malaysia dan Indonesia, 2 pengeluar utama minyak di dunia.

“Malaysia juga akan dipaksa untuk menilai pilihannya termasuk perdagangan dengan Perancis dan mengurangkan pembelian produk Perancis,” kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong dalam satu kenyataan akhbar.

“Saya percaya dalam usaha memastikan perdagangan antara Malaysia dan Perancis kekal kukuh dan dapat berkembang, serangan sedemikian perlu dihentikan. Saya juga menyeru Perancis dan negara Eropah lain untuk bekerjasama dengan kami dalam menangani kebimbangan mereka terhadap kelestarian.”

Kementerian Perdagangan Malaysia tidak dapat dihubungi untuk memberi komen atas isu ini.

Industri minyak sawit menghadapi kritikan yang meluas kerana kaitannya dengan kemusnahan hutan, dan sering dituduh menyebabkan jerebu tahunan di rantau ini yang berpunca daripada pembakaran terbuka yang dikatakan cara murah untuk membersihkan tanah.

Dalam resolusi April lalu, Parlimen Eropah berkata ia hanya akan membenarkan pengimportan minyak sawit mampan alam sekitar ke negara Kesatuan Eropah selepas 2020.

Perancis sebelum ini pernah membantah penggunaan minyak kelapa sawit negara lain.

Persatuan Minyak Sawit Indonesia (Gapki) pada Jumaat menyuarakan kebimbangannya berhubung rancangan Perancis mengurangkan penggunaan minyak kelapa sawit dalam bahan api bio yang dapat menjejaskan eksport minyak di mana ia akan mendorong negara Eropah lain mengikut langkahnya.

 

Sumber: FMT



Sumber Perancis sekat minyak sawit, Malaysia ugut akan bertindak balas

Post a Comment

Previous Post Next Post