Ramai pelajar gagal ke sains tulen punca siswa National Science, Technology, Engineering and Mathemathics (STEM) kurang

Masyarakat dan pengamal media perlu terus memupuk semangat cintakan sains di kalangan golongan muda supaya dapat merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju pada masa hadapan.

Ramai pelajar gagal ke sains tulen punca siswa National Science, Technology, Engineering and Mathemathics (STEM) kurang

Ramai pelajar gagal ke sains tulen punca siswa National Science, Technology, Engineering and Mathemathics (STEM) kurang

Pengerusi National Science, Technology, Engineering and Mathemathics (STEM) Movement Prof Datuk Dr Noraini Idris berkata untuk menjadi sebuah negara maju, negara memerlukan sekurang-kurangnya 5,000 graduan dilahirkan dalam setahun.

“Namun dari segi enrolmen aliran sains tulen, nampaknya berlaku pengurangan di sekolah-sekolah untuk STEM.

“Apabila enrolmen kurang di peringkat sekolah, ia juga berkurangan di peringkat universiti kerana antara faktor mendorong kepada pengurangan ini ialah tanggapan negatif terhadap STEM dan juga ketiadaan minat,” katanya dalam ucapan pada majlis perasmian Program Karnival Sekolah Kluster dan Angkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan N9 STEM@ Nilai di sini semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamad Diah dan turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM Prof Datuk Dr Zulkiple Abd Ghani.

Sementara itu, dalam sidang media kemudian, Noraini berkata keputusan Pentaksiran Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) menunjukkan keputusan pelajar dalam subjek STEM tidak memuaskan, sekaligus tidak dapat memasuki aliran Sains Tulen.

“Jadi bilangannya menurun, bila menurun dia masuk tingkatan 4,5 kemudian dia ke bidang lain di universiti, jadi bilangan itu dah sikit. Bila dah sikit, itu yang kita bimbang sekarang ini.

“Industri pula memerlukan pelajar-pelajar yang mahir, berinovasi, kreatif dan sebagainya.

“Ini yang kita sedang buat untuk kita dapat lahirkan anak-anak yang talented dan ada kemahiran berfikir,” katanya.

Beliau berkata dasar pendidikan negara menetapkan sekurang-kurangnya 60 peratus pelajar perlu menduduki jurusan sains manakala 40 peratus lagi dalam bidang bukan sains.

“Tapi sekarang ini, kita hanya dapat 27 peratus pelajar untuk tahun lepas dalam bidang sains, yang jauh lagi untuk menjadi sebuah negara maju,” katanya.

Beliau berkata bagi tahun 2015, jumlah pelajar yang memasuki aliran sains adalah sebanyak 29 peratus.

“Sebab itu kita ada program mentor mentee dengan universiti dipairkan (digandingkan) dengan sekolah kluster dan sekolah angkat supaya mereka ini menjadi inovatif dan merasa seronok belajar sains,” katanya sambil menambah usaha-usaha pemerkasaan STEM akan terus dijalankan bagi menarik minat pelajar.

Dalam pada itu, Abu Bakar meminta masyarakat mempercayai produk inovasi tempatan, sekaligus dapat menaikkan lagi bidang berkenaan di masa hadapan.

“Media juga perlu mainkan peranan uar-uarkan mengenai kejayaan bidang ini, kerana ini yang mungkin bukan menjadi pilihan kerana ia kerjaya yang tidak popular di kalangan anak muda.

“Pun begitu masyarakat juga perlulah menghargai dan membudayakan inovasi supaya ia mampu menyokong pertumbuhan industri inovasi di samping dapat menambah minat di kalangan anak-anak muda,” katanya. — Bernama

Sumber: Malay Mail



Sumber Ramai pelajar gagal ke sains tulen punca siswa National Science, Technology, Engineering and Mathemathics (STEM) kurang

Post a Comment

Previous Post Next Post