Pihak Polis Sibu petang semalam dilaporkan telah menyerbu sebuah gerai makanan selepas premis itu didapati menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual daging anjing di Lorong Rambutan di sini, lapor Bernama.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, lelaki berumur 54 tahun itu yang juga pemilik premis terbabit telah ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan berkenaan di mana dua ketul daging anjing telah berjaya dirampas.
Gerai makanan itu dipercayai telah menghidangkan menu berkenaan sejak 30 tahun lalu dan hanya diketahui selepas serbuan dilakukan hasil kerjasama PDRM, Jabatan Veteriner Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).
Menurut beliau juga, suspek telah mengaku dia terlibat dalam kegiatan tersebut, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 428 kanun keseksaan.
Sumber Rupa-rupanya dah 30 tahun jual daging anjing! Gerai makanan di Sibu diserbu pihak polis