Sayang seekor kucing, sanggup tidur atas kubur tuan

Menyingkap cerita cinta yang pernah viral sekitar November 2016 di Indonesia, kisah ini berbeza kerana mengisahkan mengenai hubungan antara manusia dan haiwan peliharaannya, kucing.

Kerana Rindu, Kucing Sanggup Tidur Atas Kubur Tuan

Ikatan kasih sa­yang dan cinta yang begitu kuat antara seekor ku­cing dengan tuannya, menyaksikan kucing itu sanggup tidur di atas kubur pemiliknya itu selama setahun dalam satu kejadian di Indonesia.

Mail Online melaporkan, kucing itu pertama kali didengar ‘mena­ngis’ ketika berehat di atas kubur di Jawa Tengah oleh seorang penduduk tempatan, Keli Keningau Prayitno, 28.

“Saya cuba memelihara kucing itu tetapi haiwan berkenaan tetap kembali kubur tersebut yang mempunyai nama Ibu Kundari.

“Selepas kematian tuannya, kucing itu akan pulang ke rumah penjaganya bagi mendapatkan makanan daripada anak-anak Kundari sebelum kembali semula ke kubur berkenaan sepanjang siang dan malam.

“Ini merupakan perkara yang menyedihkan dan menunjukkan bagaimana haiwan itu terlalu rapat dengan pemiliknya,” kata Keli.

Walaupun penduduk yang lalu lalang di kawasan perkuburan itu memberi makan minum kepada kucing berkenaan, haiwan tersebut tetap enggan meninggalkan kubur terbabit dan menghabiskan masa berbaring dan tidur di atas kubur tuannya.

Tambah Keli, sejak kematian penjaganya, kucing itu tinggal di kubur berkenaan dan tidak mahu pulang sejak hampir setahun lalu.

“Pada awalnya saya percaya kucing itu tidak mempunyai tempat tinggal, saya cuba menjaganya tetapi sia-sia kerana haiwan ber­kenaan akan kembali semula ke kubur itu, kata Keli lagi.

 

Sumber: Astro Gempak



Sumber Sayang seekor kucing, sanggup tidur atas kubur tuan

Post a Comment

Previous Post Next Post