“Tudung je labuh, tapi buat ayah sendiri macam tu” – Hanya kerana ego orang tua, anak tinggalkan bapa di tengah jalan

"Tudung je labuh, tapi buat ayah sendiri macam tu" - Hanya kerana ego orang tua, anak tinggalkan bapa di tengah jalan

“Tudung je labuh, tapi buat ayah sendiri macam tu” – Hanya kerana ego orang tua, anak tinggalkan bapa di tengah jalan

Cerita hari ini (jam 9 pagi, 19/7), sendiri terjadi kepada saya, teringat pada arwah ayah, saya bukan nak aibkan sesiapa, tapi saya nak pesan, jangan buat ayah macamtu, orang tua memang ego, kita anak layankan je baik-baik tau.

Rutin macam biasa, tengahhari akan ke sekolah Suri dan Saif untuk siapkan mereka ke kelas KAFA, so dari ofis di Cyberjaya ikut lorong tikus.. lalu jalan biasa Jalan Teknorat 1 depan Kolej Lim Kok Wing.

Naik jer corner lepas simpang ofis , tiba-tiba nampak Alza putih, brek mengejut tiba-tiba dan turunkan seorang pak cik tua berkopiah, beg silang.

Dalam hati ‘‘apehal pak cik ni turun tengah jalan” sebab jalan tu ada dua lane arah sama, di lorong kiri Alza itu blah, saya di lorong kanan, saya terus berhentikan kereta tepi pak cik tu dan buka tingkap kereta sebelah kiri dan tanya

“Kenapa pak cik turunkan tengah jalan ni, sini tak ada bas lalu, bas stop depan Lim Kok Wing sana,”

Dia cakap “Anak pak cik turunkan pak cik, awak hantar pak cik balik boleh, Bandar Mahkota Cheras.”

Dalam otak ni fikir mana nak hantar pak cik ini, anak-anak tunggu kat sekolah.

“Nantilah fikit kejap-kejap lagi.”


“Pak cik naik jelah kereta saya meh.”

Dia nak duduk depan saya tak bagi sebab ada barang-barang makanan tengahhari anak-anak kat seat depan,

Pak cik tu kata, “ala, macama tuan la pula pak cik duduk belakang”

Saya kata, “takpe pakcik, duduk jer, masuk cepat kereta banyak tu kat belakang.”

Saya memang stop tengah-tengah lorong kanak, memang berisiko sebab lorong orang memotong dan tengah pecut naik bukit, bila pak cik tu naik je kereta, saya terus menghala ke sekolah, tak jauh dalam beberapa meter, tapi dah turun bukit, Alza tu tunggu saya.

Saya pun stop tepi rapat-rapat buka tingkap kiri dan dia pun memang tengah tunggu kot sesiapa yang ambil bapak dia ni, saya pun tanya kenapa turunkan ayah awak kat tengah jaan ni, panas, kalau kena langgar tadi, bukan turunkan tepi jalan.

Perempuan tu cakap, ”ayah saya ni ego, degil, tak nak dengar cakap orang lain, dia kata dia boleh balik sendiri.”

Saya jeling dan saya cakap kejap saya parkir tepi, saya bagi signal kiri dan parkir depan kereta dia, saya turun, pak cik tu saya kunci dan tinggal dalam kereta dengan tak matikan enjin.

Saya terus melulu ke arah perempuan tu tadi, dia bangganya cakap

“Biarkan dia tengah jalan tadi, ego sangat.”

Saya cakap, “eh ko ni, tudung je labuh, tapi buat ayah sendiri macam tu, kau tau tak berdosa, kau tak tahu bila ayah ko dah takde.”

“Ko ni tak fikir kalau tadi aku tengah tekan mintak naik bukit langgar bapak ko, ko dah menyusahkan aku, tak pasal-pasal je, ko ni memang la, ko esok bapak ko mati ko tahu la.”

Perempuan tu muka macam tak puas hati terus ke kereta dan nak buka pintu nak ambil bapak dia, kereta centre lock jadi dia tak boleh buka, kena bukak dari tempat duduk pemandu.

Pak cik tu kemudian buka tingkap dan cakap “tolong bukakan pintu ni, pak cik nak tampar dia ni.”

Huuuuh, saya dengar perbalahan anak beranak berkenaan kunci rumah, pada pak cik takde pada anak dia pun takde. Saya tengok dalam kereta Alza tu ada dua orang lagi bertudung, tak keluar pun ambik pak cik ni, pak cik tu kata, tak ada kunci rumah, dia pecahkanlah rumah.

Saya tak berapa fokus dengar sebab orang lalu lalang perhatikan drama kami tepi jalan, tapi saya dapat tangkap pertengkaran itu kerana kunci rumah. Setelah agak 7-8 minit, saya jawap pecahkanlah pakcik.

Pak cik tu cakap, “ok, pak cik boleh ikut budak-budak ni.”

Pak cik tu turun dari kereta dan ucap terima kasih sebab tumpangkan dia, saya perhatikan kelaku mereka, yang dalam kereta tak turun-turun yang tadi terus masuk, pak cik tu pun terus masuk ke dalam kereta Azla tu.

Saya masuk kereta dan saya perhati dari cermin pandang belakang, saya nampak mereka semua sedang marah pak cik tu dengan tunding jari ke arah pak cik berkenaan, merea tunggu saya blah dulu tapi saya tak gerak, mereka kemudian jalan dulu sambil tengok arah saya, tapi diaorang tak jelas kot sebab cermin saya tinted gelap.

Apa yang nak disampaikan di sini, walaupun bapak kau tu paksa kau turunkan dia kat jalan raya, turunkanlah di tepi jalan je, hentian bas ke, ini tengah-tengah jalan tempat kereta pecut laju, kawasan yang tak ada teksi, bas sejam sekali pun susah, tak perlu buat macamtu.

Izan teringatkan arwah ayah, teringat moment masa bertekak dengan ayah, syukur tak pernah lagi saya buang ayah macamtu, bukan Izan nak bangga diri cerita hal ini semua pada kawan-kawan Facebook, tapi Izan rasa Izan kena bgaitahu, ayah dan ibu kita takkan dapat kat mana-mana, memang Izan bukan anak yang baik, kadang-kadang melawan cakap Mamy dan arwah Ayah, tapi bila ayah dah tak ada macam sekarang ni, kau akan rasa kehilangan itu.

Bekal air anak2 utk ke sekolah KAFA ni tadi pakcik mintak minum sedikit 
pakcik haus… mgkin sbb dia duduk di sit belakang… 
dia dlm keadaan haus nmpk air masak ni

Walaupun pasangan hidup sekali pun tak boleh bagi kasih sayang ikhlas macam mak dan ayah kita bagi, ibu dan ayah anak-anak, adik beradik sayang tu memang nampak tak ikhlas tapi sebenarnya ikhlas dan tak boleh ditukar ganti… dijual beli ……

Maafkan izan kalau ada yg tersentap… atau ckp izan poyo….. maafkan izan…. izan tgok pakcik tu td teringat video yang izan share semalam..

– Ezzan Suraiya

UPDATE

Rupanya selepas kejadian ada update terbaru dari pengguna Facebook berlainan, katanya kena tinggal lagi di sebuah bagunan berhampiran lokasi kejadian pula selepas itu, hanya ada RM5 dalam dompet.

 

 

 

Berikut adalah perkongsian beliau yang terbaru.

KISAH TRAGIS SI BAPA PELUPA

Selama kerja sebagai front line selama 7 tahun, ini lah pengalaman yang tak boleh saya lupakan. Ya, saya juga pernah mempunyai masalah dengan ayah saya, tapi tidak pernah tergamak ingin meninggalkan ayah yang pelupa merata-rata.

Kisah ini telah lama, menjadi perebutan wang pencen. tak tahu siapa salah, tak tahu siapa betul. Fine, kami tak boleh masuk campur hal rumahtangga kalian. Setiap orang ada masalah, pastinya rumahtangga kalian ada masalah. Tetapi, bukan itu menjadi alasan untuk kalian bersikap kurang ajar dengan ayah kalian.

Ya, betul. Ayah kalian asik bertanya perkara yang sama. Kerap kali. Banyak kali. Tapi kalian tahu dia sakit. Dia pelupa. Ayah memang ego. Acah-acah nak balik sendiri tapi hakikat hanya rm5 dalam dompet lusuh dia. sedangkan pencen dia RM4k sebulan!!

Kami taknak ambil tahu apa masalah keluarga kalian. Tapi, sanggup kalian tinggalkan di sini. terkontang kanting. Call banyak kali tak berjawab, paling aku tak sangka!! boleh kau
berhentikan ayah kalian di tengah-tengah jalan!!! kalau orang tak perasan, memang dah kene langgar bapak kau tu!!

Allah.. aku tak kesah ape masalah keluarga kau. Tapi tu bapak kau. Sebab air mani dia kau wujud kat muka bumi ni! Susah-susah sangat kau taknak jaga, berlambak rumah orang tua, JKM semua ada. Ape bangang sangat kau tak boleh fikir???

 

 

Via: SK



Sumber “Tudung je labuh, tapi buat ayah sendiri macam tu” – Hanya kerana ego orang tua, anak tinggalkan bapa di tengah jalan

Post a Comment

Previous Post Next Post