Video: 4 cedera, 10 motor dan 3 kereta rosak ditimpa runtuhan dinding bangunan lepas tangki air pecah di Kompleks Teruntum

EMPAT cedera manakala 10 motosikal dan tiga kereta rosak dalam kejadian runtuhan dinding bangunan akibat tangki air pecah di Kompleks Teruntum, Kuantan, kira-kira 1 tengah hari, hari ini.

 

Video: 4 cedera, 10 motor dan 3 kereta rosak ditimpa runtuhan dinding bangunan lepas tangki air pecah di Kompleks Teruntum

Video: 4 cedera, 10 motor dan 3 kereta rosak ditimpa runtuhan dinding bangunan lepas tangki air pecah di Kompleks Teruntum

 

 

Mangsa, Sheikh Mohd Hanafi Sheikh Ali, 50, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, Norziah Abdul Ghafar, 51, berjalan ke pusat beli-belah Kuantan Parade sebelum melalui jalan belakang Kompleks Teruntum.

“Tiba-tiba saya dan isteri terdengar bunyi dentuman sangat kuat. Saya lihat runtuhan dinding dan air melimpah dari tingkat empat bangunan mengenai kami.

“Mujur saya dan isteri sempat lari dan berjaya mengelak daripada ditimpa runtuhan berkenaan,” katanya ketika ditemui hari ini.

 

Bagaimanapun, dia dan isteri mengalami luka kecil di lutut, siku dan tapak tangan akibat terjatuh ketika mengelak ditimpa runtuhan itu.

Katanya, dia turut membuat laporan polis mengenai kejadian itu kerana Modenas Kriss miliknya turut terjejas akibat dihempap runtuhan batu.

“Tiada rezeki motosikal saya rosak teruk. Tapi tidak mengapalah janji nyawa saya dan isteri selamat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuantan berkata, tangki air yang terletak di atas tingkat empat kompleks berkenaan dipercayai pecah sebelum jatuh dari ketinggian kira-kira 40 meter dan mengenai beberapa kenderaan di kawasan pakir.

Tinjauan ke lokasi mendapati kerja penutupan kawasan kejadian sedang dilakukan anggota bomba dan penyelamat Balai Kuantan dan proses mengalihkan kenderaan yang terjejas turut dilakukan.

 

 

Sumber: Metro



Sumber Video: 4 cedera, 10 motor dan 3 kereta rosak ditimpa runtuhan dinding bangunan lepas tangki air pecah di Kompleks Teruntum

Post a Comment

Previous Post Next Post