Lebuh raya Oregon semalam ‘lumpuh’ selepas sebuah trak yang membawa 3,400kg belut terbalik menyebabkan ikan berkenaan memenuhi ruang jalan di kilometer 131 lebuh raya berkenaan.
Apabila tertumpah ke atas jalan raya, belut itu telah cuba ‘melarikan’ diri menyebabkan ianya berada di merata-rata tempat di atas jalan kilometer 131 tersebut.
Apa yang lebih menyulitkan, jalan itu terpaksa ditutup sementara selepas belut-belut itu telah melepaskan lendir-lendir berwarna putih licin memenuhi jalan.
Kemalangan berkenaan telah berlaku pada petang Khamis semalam di mana tiada kecederaan dilaporkan.
Thanks @OregonDOT http://pic.twitter.com/SmwHtWLeQ3
— Depoe Bay Fire Dist. (@DepoeBayFire) July 13, 2017
Untuk mengelakkan kesesakan, pihak berkuasa telah bertindak melakukan kerja pembersihan menggunakan jentolak terlebih dahulu untuk membolehkan satu lorong jalan digunakan terlebih dahulu sebelum bertindak membersihkan lendir-lendir belut itu menggunakan semburan air bertekanan tinggi.
Operation eel cleanup with @OregonDOT 2 lanes now open http://pic.twitter.com/Lj2oIAzsFf
— Depoe Bay Fire Dist. (@DepoeBayFire) July 13, 2017
Menurut pihak polis, belut-belut berkenaan telah ditangkap dari Barat Amerika termasuk Oregon untuk dieksport ke Korea Selatan.
Sumber: SK
Sumber Video dan gambar: Lori bawa 3,400kg belut terbalik, lebuhraya dipenuhi lendir licin berwarna putih