Video: Pernah diherdik dan disindir, ini pengakuan lelaki punyai suara mirip Datuk Siti Nurhaliza

Video: Pernah diherdik dan disindir, ini pengakuan lelaki punyai suara mirip Datuk Siti Nurhaliza

Video: Pernah diherdik dan disindir, ini pengakuan lelaki punyai suara mirip Datuk Siti Nurhaliza

Rudey
 

RENTETAN video nyanyiannya yang dikatakan mirip suara Datuk Siti Nurhaliza menjadi tular di media sosial, Rudey baru-baru ini berkongsi kisahnya.

Rudey yang ditemuramah dalam satu program berkata, dia pada mulanya tidak sedar bahawa suaranya mirip Datuk Siti Nurhaliza sehinggalah suaranya itu ditegur oleh orang sekeliling.

“Pada mulanya, ketika berada di sekolah rendah ada jugak orang tegur ‘suara kenapa macam Datuk Siti’, pada ketika itu saya tidak kenal siapa Datuk Siti.

 

 

 

“Sehinggalah ketika saya melangkah ke tingkatan satu, ada seorang guru vokal di sekolah yang mengatakan saya sesuai nyanyi lagu Datuk Siti, sejak itu saya cari siapa Datuk Siti, sebab saya nak tahu juga,” katanya yang juga merupakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak, Perak.

Terdahulu, video nyanyian Rudey di dalam bilik air tular di media sosial baru-baru ini, selepas dia menyanyikan lagu Siti Nurhaliza antaranya  lagu raya berjudul Sesuci Lebaran.

Sementara itu, ketika ditanya adakah keluarga dia merupakan ‘keluarga peminat Siti Nurhaliza’ Rudey berkata, ‘Keluarga saya tak berapa sangat’.

Dalam pada itu, ketika ditanya bagaimana kehidupannya selepas dia menjadi viral di media sosial, Rudey berkata ‘ada yang mula menegurnya’.

Tambah Rudey yang berasal dari Langkap, Perak itu berkata, dia bersyukur dengan ‘apa yang dimilikinya’.

“Saya juga pernah diherdik dan disindir, namun saya biarkan sahaja,” katanya.

Sumber: Sinar



Sumber Video: Pernah diherdik dan disindir, ini pengakuan lelaki punyai suara mirip Datuk Siti Nurhaliza

Post a Comment

Previous Post Next Post