Seorang lelaki bekas pondan membuat satu siaran langsung di Facebook bertujuan untuk memohon maaf kepada orang ramai dan juga menceritakan kisah hidupnya yang berhijrah dari seorang pondan kepada seorang lelaki sejati untuk dijadikan pedoman buat orang ramai.
Difahamkan, lelaki yang menggunakan nama Facebook Cikgu Jefferi itu juga merupakan pengasas kepada SB SuperBeauty.
“PENDEDAHAN BERANI…PONDAN PULANG KEPANGKAL JALAN…PEDOMAN DAN MAAF DARI SAYA PENGASAS SB SUPERBEAUTY..” tulis beliau di bahagian kapsyen siaran langsung itu.
Kata Cikgu Jefferi juga, hari dia membuat siaran langsung itu juga merupakan hari genap ibunya meninggal dunia.
“(Ketika) Arwah ibu saya hidup, dia selalu tanya saya: Kenapa engkau jadi macam ni. Mak lahirkan lelaki, kenapa jadi perempuan.” cerita Cikgu Jefferi.
“Rahsia saya ada kekuatan dan diberi oleh Allah untuk balik ke pangkal jalan adalah kerana solat.” cerita Cikgu Jefferi.” cerita beliau.
Menerangkan lanjut tentang kisahnya, Cikgu Jefferi berkata satu hari dia didatangi oleh seorang Benggali.
Untuk tidak mengganggu setiap bit-bit cerita yang dikongsi oleh Cikgu Jefferi, kuti video penuh dari beliau:
Sumber: SK
Sumber Video: “Satu hari seorang Benggali datang ke kedai saya..” – Kisah penghijrahan seorang pondan kepada lelaki sejati