Wanita Kelantan, Nurul Asmat buat kejutan lagi, beli tudung RM21,600

Sebelum ini tular di media sosial seorang wanita Kelantan sanggup membeli tudung Bawal Exclusive berwarna hitam bertatahkan kristal swarovski bernilai RM10,000 sehelai.

Wanita Kelantan beli tudung RM21,600

Semalam, usahawan dari Kota Bharu itu yang dikenali sebagai Nurul Asmat, membuat kejutan lagi apabila dia dipilih sebagai pelanggan yang paling banyak membuat pembelian tudung di As Galleria (AG) di Lembah Sireh.

Ia sekali gus menobatkan wanita itu memiliki tudung termahal yang dihiasi kristal tersangat mewah pernah dihasilkan Bawal Exclusive Sdn Bhd setakat ini iaitu bernilai RM21,600 sehelai.

Bagaimanapun jumlah pembelian sepanjang tahun oleh wanita tersebut tidak dapat didedahkan kepada media.

Pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd, Haliza Maysuri, berkata rekaan hiasan corak pada tudung yang berkilau dengan kristal swarovski adalah tempahan khas daripada pelanggan itu sendiri.

“Ia mahal sebab ambil kira jumlah kristal swarovski yang diimport dari Austria, disusun penuh teliti menggunakan tangan dan warna kristal itu memainkan peranan menjadikan harga sehelai tudung bernilai puluhan ribuan ringgit.

“Pastinya pencinta Bawal Exclusive ini tahu menilainya. Mereka tidak kisah bayar mahal demi memilikinya dan pastinya ia eksklusif untuk digayakan demi kepuasan pemakainya.

“Wanita Kelantan berkerjaya, bergaya dan kaya. Mereka penyumbang kepada ekonomi negara bukan saja kepada Bawal Exclusive,” katanya kepada media semalam.

Terdahulu, beliau bersama Pengarah Urusan Swarovski Asia Tenggara dan New Zealand, Sebastian Cox dan Pengurus Butik AG Rabiatul Hasmak Ghani meraikan 300 pelanggan terpilih sempena Sparkles Night With Bawal Exclusive di sini.

Haliza memberitahu, pada tahun hadapan pihaknya akan menyambut ulang tahun ke-20 tahun penglibatan dalam industri tersebut dan satu filem pendek akan dihasilkan untuk memperlihatkan bagaimana syarikat tempatan ini mampu bergading bahu dengan negara luar.

Sementara itu, Sebastian berkata, sambutan daripada pencinta Bawal Eksklusive di Kelantan amat mengagumkan dan pastinya peminatnya akan berlumba-lumba memiliki rekaan yang memukau dan eksklusif.

Sumber: Sinar Harian


Sumber Wanita Kelantan, Nurul Asmat buat kejutan lagi, beli tudung RM21,600

Post a Comment

Previous Post Next Post