3 Pelajar perempuan sebar gambar mangsa rogol dalam whatsapp ditahan

Empat pelajar, tiga daripadanya perempuan menyebar gambar mangsa rogol menerusi aplikasi Whatsapp.

Polis Bachok menahan empat pelajar termasuk tiga perempuan yang disyaki menyebar gambar mangsa rogol melalui aplikasi Whatsapp. — Paparan skrin Google

Semua berusia antara 14 hingga 17 tahun dikatakan  menyebar gambar kes rogol membabitkan mangsa berusia 15 tahun, lapor Berita Harian.

Ketua polis daerah Bachok berkata gambar mangsa rogol dalam keadaan aib dirakam dalam kejadian berkenaan.

“Kejadian rogol itu berlaku pada November tahun lalu di sebuah kilang terbiar di Gunong, Bachok,” kata DSP Nik Aminuddin Raja Abdullah.

Mangsa rogol kemudian membuat aduan polis Sabtu lalu selepas menyedari gambar kejadian itu tersebar beberapa hari lalu.

Nik Aminuddin berkata empat pelajar itu ditahan sekitar sini semalam dan mereka direman antara lima hingga tujuh hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 8 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah secara berkumpulan.

Sumber: Projek MMO



Sumber 3 Pelajar perempuan sebar gambar mangsa rogol dalam whatsapp ditahan

Post a Comment

Previous Post Next Post