“Ada yang kata bersalin ceaser hanya boleh 3 kali saja, tapi kalau Allah berkehendak siapa kita nak tolak” – Isteri FBI selamat lahirkan anak ke-5 secara pembedahan

“Syukur Alhamdulillah isteri selamat melahirkan anak perempuan kami. Walaupun secara pembedahan, semuanya berjalan lancar.

 

 

"Ada yang kata bersalin ceaser hanya boleh 3 kali saja, tapi kalau Allah berkehendak siapa kita nak tolak" - Isteri FBI selamat lahirkan anak ke-5 secara pembedahan

“Ada yang kata bersalin ceaser hanya boleh 3 kali saja, tapi kalau Allah berkehendak siapa kita nak tolak” – Isteri FBI selamat lahirkan anak ke-5 secara pembedahan

 

“Saya anggap ini kuasa Allah SWT. Mungkin ada yang beranggapan bersalin secara pembedahan tidak boleh lebih daripada tiga. Tetapi jika Dia berkehendakkan begitu siapalah kita untuk menolaknya,” katanya.

FBI berkata, selepas kehilangan anak kedua yang meninggal dunia selepas 12 hari dilahirkan, dia dan isteri cuba merujuk pakar untuk kehamilan yang ketiga.

“Setiap kali hamil isteri sering mengalami alahan teruk sehingga anak kedua meninggal dunia kerana mengalami komplikasi.

“Justeru, apabila mendapat tahu isteri hamil anak ketiga kami terus merujuk pakar bagi memastikan isteri tidak mengalami keadaan serupa,” katanya.

FBI berkata, selepas merujuk pakar kesihatan, keadaan isteri sepanjang hamil jauh lebih baik malah anak keempat dan kelima juga dipantau.

“Alhamdulillah, selama di pantau pakar, isteri sudah tidak mengalami alahan yang teruk semasa hamil anak ketiga. Malah pakar memberitahu kami masih ada peluang untuk menimang cahaya mata lagi.

“Pada saya dalam soal ini apa yang penting ialah merujuk mereka yang pakar. Jika betul caranya tidak mustahil isteri kita boleh bersalin lebih daripada tiga seperti yang saya alami sekarang, ” katanya lagi.

Sumber: Metro



Sumber “Ada yang kata bersalin ceaser hanya boleh 3 kali saja, tapi kalau Allah berkehendak siapa kita nak tolak” – Isteri FBI selamat lahirkan anak ke-5 secara pembedahan

Post a Comment

Previous Post Next Post