KONTROVERSI antara Aliff Aziz dan Afifah Nasir nampaknya terus berpanjangan apabila kekasih aktres berkenaan pula bengang dengan sikap pelakon lelaki itu.
Wan atau nama sebenarnya Wan Ariff Azhar, 24, berkata, teman wanitanya itu bercakap benar dan berani bersumpah bahawa dia tidak mempunyai sebarang perasaan kepada Aliff.
“Afifah berani bersumpah dengan Al Quran bahawa dia tidak ada perasaan terhadap Aliff. Apa yang dilakukan adalah lakonan untuk hiburkan sikap keanak-anakan kamu (Aliff).
“Ya, dia buat kesalahan kerana benarkan kamu memegang tangannya, tapi dia sudah meminta maaf kepada isteri kamu. Kami ingin selesaikan isu ini dengan baik tapi kamu pula mempersoalkannya,” ujar Wan Arif.
Dia mengulas kenyataan yang diberikan oleh Aliff bahawa apa yang didedahkan oleh Afifah dalam sidang media pada Isnin lalu sebagai mengarul dan tidak masuk akal.
Aliff memberi kenyataan kepada sebuah media menganggap Afifah tidak bercakap benar dan cuba mengaitkan pihak produksi dalam hal tersebut.
Afifah Nasir menakwa dijadikan sebagai alat pihak produksi.
Sementara itu tambah Wan Ariff, Afifah sentiasa memaklumkan kepadanya tentang sikap Aliff sepanjang penggambaran berlangsung.
Pada 27 Julai lalu, dunia hiburan dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya, Bella Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang pelakon baru iaitu Afifah Nasir di pusat hiburan berkenaan.
Dalam pada itu Ariff meminta pelakon itu bertemu dengannya secara berhadapan jika berasa tidak puas hati dengan kenyataan yang diberikan pada sidang media dilakukan Afifah pada Isnin.
“Kalau tidak puas hati dengan kenyataan yang diberi mari berdepan dengan saya seperti seorang lelaki. Saya akan berada di set penggambaran pada Khamis ini bagi menemani Afifah,” ujarnya.
Sumber: Mstar
Sumber “Afifah berani bersumpah dengan Al Quran bahawa dia tidak ada perasaan terhadap Aliff, kalau tak puas hati mari berdepan dengan saya seperti seorang lelaki” – Kekasih Afifah Nasir