Afifah Nasir Sedia Dedahkan Kisah Sebenar

Afifah Nasir Sedia Dedahkan Kisah Sebenar

Dalam kontroversi yang melanda Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah minggu lalu, satu pihak sahaja yang terlibat masih belum memberikan apa apa kenyataan tentang situasi yang terjadi.

Sehingga hari ini, semua pihak sebenarnya masih menantikan kenyataan Afifah Nasir tentang apa yang sebenarnya terjadi antara beliau dan Aliff Aziz selepas pelakon dan penyanyi lelaki itu sendiri mengakui beliau curang terhadap isterinya.

Afifah Nasir Sedia Buka Mulut Cerita Kisah Sebenar

“Fifa memang akan keluarkan kenyataan cuma sekarang tengah sibuk sikit. Maaf sangat,” ujarnya ringkas kepada mStar Online hari ini.

Berdasarkan reaksi Afifah Nasir di sosial media setakat ini, pelakon muda ini masih dengan pendirian yang beliau ada kisah sebenar yang belum diceritakan dan berada di pihak benar.

Kami sendiri berharap ada kisah alternatif terhadap apa yang terjadi untuk memuaskan hati sesetengah pihak yang masih belum berpuas hati dengan penjelasan Aliff Aziz sendiri. Hmm.



Sumber Afifah Nasir Sedia Dedahkan Kisah Sebenar

Post a Comment

Previous Post Next Post