Baru baru ini viral mengenai teguran Chef Wan terhadap tindakan Dato Aliff Syukri sekeluarga yang makan di tepi jalan ketika bercuti di Switzerland. Namun isu itu telah diselesaikan dengan cara baik di dalam satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Kali ini, giliran Aliff pula berkongsi perasaannya apabila berhadapan dengan Chef Wan. Katanya sampai berderau jantung. Kenapa pula?
Terkejut bersebelahan dengan Chef Wan
Alamak habis lah aku..
Bila saya ke event ulangtahun @wanitamagazine ke 48 anjuran utusan baru2 utk mengambil anuegrah…saya amat terkejut juga bila seat saya be sebelahan dgn dato prof @chefwan58 duduk sebelah sy..rasa mcm sy nak dikenakan media je. Terus berderau jantung sbb memikirkan alamak habislah aku nanti mesti dia marah dgn aku ni!
Bila nampak je chef wan dtg saya terus ke depan supaya sebelum dia duduk saya ingat nak salam dia dulu..dan bila jumpa jer terus chef wan hulur tangan dan kami sama2 bersalam dan kami sling mem minta maaf pada saya dan kata dia tegur sebagai ayah kepada anak…
Terima kasih kerana menegur saya
Secara jujurnya saya ni x ambik hati pun teguran chef wan sbb dia tegur apa yg dia rasa dan benda tu betul…terus lega saya rasa sbb dia x marah saya pun sbb saya rasa bersalah juga membuatkan chef no 1 malaysia komen tindakan saya…betul kata chef wan bukan semua org faham apa yg kita cuba sampaikan dan berhati2 sebelum post apa2….saya juga minta maaf pada dia atas kekhilafan saya tidak menjaga sensitiviti rakyat malaysia..
Apapun terima kasih dato @chefwan58 sbb sudi tegur saya yg masih muda ni x banyak pengalaman hidup…Insya Allah saya perbaiki mana yg kurang. Panjang pulak berleter memelam ni..siapa baca smoai habis cer komen comel heeh
Sumber : aliffsyukriterlajaklaris
Via: Oh Bulan
Sumber “Alamak habis lah aku..”- Respon Aliff Syukri bila berhadapan dengan Chef Wan