Bapa Dari Neraka - Lebih Kejam Dari Kes Rogol Dan Liwat Anak Perempuan Sebanyak 600 Kali

Bapa Dari Neraka - Lebih Kejam Dari Kes Rogol Dan Liwat Anak Perempuan Sebanyak 600 Kali

'ABI DARI NERAKA'

Malaysia digemparkan dengan berita seorang remaja diliwat bapanya sebanyak 600 kali. Tapi tahukah anda ada pada tahun 2008 ada kes yang lebih dahsyat pernah mengemparkan dunia jenayah.

Kisah bermula 1983 di Vienna Austria, seorang gadis kecil berusia 15 tahun cuba melarikan diri dari rumah. Keluarganya membuat aduan. 3 minggu kemudian polis menjumpainya semula.

Siapa gadis tersebut? Mengapa dalam usia begitu muda sudah sanggup mengambil langkah yang sebegitu? Elisabeth Fritzl itulah namanya.

Pada usia 11 tahun dia sudah menjadi mangsa penderaan seksual bapanya sendiri Josef Fritzl. Namun dia tidak pernah menceritakan pada sesiapa. Hinggalah pada usianya 15 tahun dia mendapat peluang menyertai latihan sebagai pelayan di A1 autobahn. Dapat belajar dan tidur bersama rakan-rakannya Elisabeth rasakan inilah peluang untuknya untuk lari dan memulakan kehidupan baru.

Tapi sayang cubaannya gagal.

Jika Anda Rasa Kes Bapa Rogol Dan Liwat Anak Perempuan Sebanyak 600 Kali Itu Kejam, Abi Dari Neraka Ini Lagi Kejam

28 Ogos 1984 bapanya meminta bantuannya untuk memasang pintu bilik bawah tanah rumah mereka. Josef kemudiannya menekup mulut anaknya itu dengan kloroform dan mengheretnya ke bilik rahsia yang dibina secara terancang.

Josef Fritzl sebenarnya adalah seorang bekas jurutera. Dia juga seorang yang berpengaruh di kalangan komuniti setempat. Dengan reputasinya dia berjaya mendapatkan permit pihak berkuasa tempatan bagi merenovasi rumahnya. 

Tanpa disedari Josef turut memodifikasi sebuah bilik bawah tanah yang kalis bunyi lengkap dengan dapur, peti sejuk, televisyen, VCR dan bilik air. Semuanya ini dibina perlahan lahan sejak tahun 1978 lagi.

Abi dari Neraka kurung dan rogol anak sendiri sebanyak 3000 kali selama 24 tahun sehingga melahirkan 7 orang anak

Elisabeth dirantai dan dikunci. Dia dipaksa menulis surat yang mengatakan dia telah lari dan menyertai kumpulan ajaran sesat. Josef memandu 100 batu dan mengepos surat itu ke rumahnya sendiri. Sejak itu bermulalah kehidupan neraka kolong bawah tanah Elisabeth.

1989, Elisabeth melahirkan anak yang pertama Kerstin. Bayangkan dalam bilik yang lembab Elisabeth hanya dibekalkan buku panduan bersalin, tuala dan gunting bagi memotong uri.

1990, Stefan anak ke-2 dilahirkan.

1993, Lisa anak ke-3 dilahirkan.

Kerap menangis, kondisinya semakin teruk. Josef mengambil keputusan meletakkannya dalam bakul di depan pintu rumah beserta nota tulisan paksa. Lisa kemudiannya dihantar ke hospital dan di diagnosis mempunyai masalah jantung. Dia kemudiannya di bela di tingkat atas rumahnya.

1994, anak ke-4 Monika dilahirkan.

Jika Anda Rasa Kes Bapa Rogol Dan Liwat Anak Perempuan Sebanyak 600 Kali Itu Kejam, Abi Dari Neraka Ini Lagi Kejam

Monika juga turut dibawa ke tingkat atas. Dengan keadaan anak semakin membesar dan bertambah atas permintaan Elisabeth bilik bawah tanah kemudiannya di perbesarkan lagi. Untuk itu mereka anak beranak mengorek tanah setiap hari.

1996, sepasang kembar Alexander dan Michael dilahirkan.

Michael mengalami masalah pernafasan. Hari kedua dia meninggal dunia. Mayatnya dibakar oleh Yosef sehingga menjadi abu. Alexander turut di besarkan di tingkat atas menggunakan modus operandi lebih kurang sama.

Disember 2003 Felix anak ke-7 dilahirkan.

April 2008, anak pertama iaitu Kerstin jatuh sakit. Usianya 19 tahun ketika itu. Elisabeth merayu agar dia dihantar ke hospital. Josef akhirnya akur. Sampai di hospital doktor yang merawat menjadi pelik dengan keadaan pesakit.

Kebanyakan giginya rosak teruk dan kulitnya terlalu pucat, tiada rekod kesihatan, doktor serta merta membuat laporan polis. Mereka juga membuat pengumuman di televisyen yang mereka memerlukan penjaga Kerstin untuk tampil membantu perubatan Kerstin. Elisabeth yang menonton dari televisyen bilik bawah tanah merayu pada Josef agar dia dibawa ke hospital.

Abi dari Neraka kurung dan rogol anak sendiri sebanyak 3000 kali selama 24 tahun sehingga melahirkan 7 orang anak

Josef membawa Elisabeth keluar dengan syarat yang ketat. Selesai urusan dengan doktor giliran pihak polis pula menyoal siasat Elisabeth. Mulanya Elisabeth enggan bekerjasama, setelah diugut untuk dipisahkan dengan anaknya, Elisabeth akhirnya membocorkan rahsia. Kes kehilangan Elisabeth 24 tahun dahulu kemudiannya dibuka semula.

Penghujung April 2008, Josef ditangkap, dakwaan dibuat. Dia disabitkan kesalahan dan didapati bersalah mengurung dan merogol anak sendiri sebanyak 3000 kali selama 24 tahun sehingga melahirkan 7 orang anak serta membunuh (Michael).

19 Mac 2009, hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan kepada Josef Fritzl.

Pada 2015, sebuah filem bertajuk 'Room' telah dihasilkan inspirasi dari kisah ini. - Muhamad Khair



Sumber Bapa Dari Neraka - Lebih Kejam Dari Kes Rogol Dan Liwat Anak Perempuan Sebanyak 600 Kali

Post a Comment

Previous Post Next Post