Beberapa Laman Web Malaysia Digodam(Deface) Susulan Isu Bendera Terbalik

Beberapa Laman Web Malaysia Digodam(Deface) Susulan Isu Bendera Terbalik

Beberapa Laman Web Malaysia Digodam(Deface) Susulan Isu Bendera Terbalik

Beberapa laman web Malaysia menjadi mangsa godaman oleh satu kumpulan penggodam susulan isu bendera Indonesia dicetak secara terbalik dalam buku panduan Sukan Sea Kuala Lumpu 2017 baru-baru ini.

Hasil tinjauan Siakap Keli mendapati penggodam itu telah menggodam beberapa laman web Malaysia termasuk yang terbaru -sebuah laman web sekolah berasrama penuh termuka di negara ini.

Mesej di laman itu antaranya menulis: “Bendera kami bukan mainan” dan  “jangan curangin atlit kami“.

Dalam pada itu, beberapa laman yang terkesan telah ditutup buat sementara waktu dan kembali pulih seperti biasa tidak lama selepas itu.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin, telah bersemuka dengan Menteri Belia dan Sukan Indonesia untuk memohon maaf secara rasmi atas kesilapan tersebut. 

Sumber: SK


Sumber Beberapa Laman Web Malaysia Digodam(Deface) Susulan Isu Bendera Terbalik

Post a Comment

Previous Post Next Post