Buang nama dan gambar Tun Mahathir dari buku teks sekolah, Kementerian Pendidikan lapor polis

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat laporan polis terhadap dua pihak susulan dakwaan cuba mengubah sejarah dengan menyingkirkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad daripada buku teks sekolah.

 

 

Buang nama dan gambar Tun Mahathir dari buku teks sekolah, Kementerian Pendidikan lapor polis

Buang nama dan gambar Tun Mahathir dari buku teks sekolah, Kementerian Pendidikan lapor polis

 

KPM dalam kenyataannya, menjelaskan laporan itu dibuat terhadap penerbit buku yang bertanggungjawab mengeluarkan gambar Dr Mahathir daripada kandungan naskhah Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3.

Tindakan sama turut dibuat terhadap pihak yang memulakan penyebaran maklumat palsu berkenaan sehingga menjadi viral di media sosial.

“Menerusi hasil semakan, buku yang dimaksudkan adalah bukan terbitan KPM kerana setiap penulisan naskhah akademik bersandarkan dokumen kokurikulum dan fakta sebenar mengikut peristiwa atau tempoh berkaitan.

“KPM juga tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bertulis atau lisan kepada sekolah untuk menanggalkan gambar Dr Mahathir selaku Perdana Menteri keempat,” kata kementerian itu.

Sehubungan itu, KPM meminta netizen menghentikan penyebaran maklumat palsu berkenaan di media sosial supaya tidak menjadi polemik yang berupaya menjejaskan kesejahteraan rakyat Malaysia.

KENYATAAN media rasmi KPM dalam laman Facebooknya.
Via: Bharian


Sumber Buang nama dan gambar Tun Mahathir dari buku teks sekolah, Kementerian Pendidikan lapor polis

Post a Comment

Previous Post Next Post