Nama Fasha Sandha sering sahaja meniti di bibir para peminat dan para ‘haters’ terhadap aktres jelita ini. Dan terbaru, netizen telah melabel sebagai seorang artis yang suka mencari publisiti murahan.
Jika sebelumnya, sebuah video Fasha Sandha sedang menari dan bergelek di kecam oleh netizen, kini Fasha sekali lagi menarik perhatian netizen. Aktres yang terkenal dengan cerita panas itu telah memuat naik satu foto mencium adik lelakinya.
Namun, bukanlah gambar Fasha sedang mencium adiknya itu menjadi bualan tetapi tempat dimana gambar tersebut di ambil.
Netizen mendakwa gambar tersebut diambil di dalam kelab malam. Berikut adalah gambar yang dimaksudkan oleh netizen.
Menerusi status tersebut, Fasha ada berpesan kepada netizen supaya dapat membuka minda dan lelaki itu adalah mahramnya. Namun, netizen tidak melepaskan peluang untuk memberikan pandangan mereka. Bukan sahaja foto mencium adiknya itu menjadi bualan, malah persekitaran gambar tersebut juga mencetuskan kontroversi di kalangan netizen.
Rata-rata netizen telah melabel Fasha sebagai ‘kaki club’ dan memang suka dikecam. Ada juga yang berpendapat Fasha sengaja mahu dikecam dan netizen berpendapat Fasha tidak perlu memuat naik gambar yang tidak sedap mata memandang dan membawa fitnah kepada agama sendiri.
Walaupun dikritik hebat, peminat tegar Fasha tetap memberi komen positif dan menganggap Fasha merupakan seorang kakak yang sangat penyayang. Mereka juga menganggap bahawa ‘haters’ tetap akan mencari apa juga kesalahan aktres jelita itu.
Semoga Fasha dapat menahan sabar dengan tohmahan dan kecaman yang ditulis oleh ‘haters-haters’.
Sumber: Kaki Share
Sumber “Buka minda sikit boleh?” – Tak dapat kecam gambar, netizen tetap cari salah dan label Fasha Sandha sebagai kaki club
Tags:
tbKOR