FAM Akhirnya Buka Mulut Isu Penjualan Tiket Final Malaysia Bertemu Thailand

Sejak semalam isu berkaitan tiket final bola sepak Sukan Sea KL17 antara Malaysia dan Thailand terus hangat diperkatakan. Pelbagai persoalan seperti ketiadaan jualan tiket secara online, ulat tiket serta jumlah tiket yang dijual memaksa KJ selaku Menteri di KBS yang menguruskan jualan tiket telah menjelaskan sebab pengekalan kaedah lama jualan tiket dan tidak menjual tiket secara online.

Ada juga yang mengaitkan isu ini dengan FAM, jadi kami kongsikan untuk anda penjelasan dari FAM yang dimuat naik di laman facebook rasmi badan tersebut berkaitan isu tiket ini.
MASOC, KBS YANG JUAL TIKET, BUKANNYA FAM, FMLLP
Saya ingin menjelaskan di sini bahawa semua urusan penjualan tiket bagi acara bola sepak dan futsal sepanjang temasya Sukan SEA 2017 ini termasuk bagi perlawanan akhir bola sepak lelaki, malam ini adalah di bawah kelolaan Sekretariat Kuala Lumpur 2017 (MASOC) dan Kementerian Belia & Sukan (KBS) sepenuhnya, bukannya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahupun Football Malaysia LLP (FMLLP).
Sebagai mewakili FAM, saya berasa kesal kerana terdapat segelintir pihak yang tetap mahu menyalahkan FAM apabila berlaku kekecohan dalam hal penjualan tiket perlawanan akhir ini, sedangkan pihak kami hanya berperanan dalam urusan berkaitan teknikal perlawanan bagi acara bola sepak dan futsal sepanjang Sukan SEA 2017 ini.
Dato’ Hj Hamidin Hj Mohd Amin
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Sumber : Siakapkeli


Sumber FAM Akhirnya Buka Mulut Isu Penjualan Tiket Final Malaysia Bertemu Thailand

Post a Comment

Previous Post Next Post