“Fatal yang amat menyakitkan. Bendera kita….Merah Putih. Astaghfirullaah…” – Bendera Indonesia terbalik Sukan Sea 2017, Malaysia mohon maaf

MALAYSIA memohon maaf secara rasmi terhadap rakyat Indonesia berikutan isu kedudukan warna bendera negara itu yang terbalik dalam buku cenderamata Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur.

 

 

 

Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) menerusi satu kenyataan, malam tadi, menyatakan permohonan maaf itu atas kesilapan tidak disengajakan.

MACOC menjelaskan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan membuat kunjungan ke atas rakan sejawatnya, Imam Nahrawi, untuk sekali lagi mohon maaf bagi pihak MASOC.

"Fatal yang amat menyakitkan. Bendera kita....Merah Putih. Astaghfirullaah..." - Bendera Indonesia terbalik Sukan Sea 2017, Malaysia mohon maaf

“Fatal yang amat menyakitkan. Bendera kita….Merah Putih. Astaghfirullaah…” – Bendera Indonesia terbalik Sukan Sea 2017, Malaysia mohon maaf

KENYATAAN kedua-dua menteri di laman Twitter.

Bagaimanapun, Khairy sebelum itu sudah meminta maaf atas kesilapan berkenaan bagi menjawab teguran pedas Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi.

Menerusi laman Twitter, Khairy menyatakan ‘Bapak Imam, Please accept my sincere apologies for this. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf.’

Imam menerusi akaun Twitter @imam_nahrawi menyatakan ‘Pembukaan #SEAgame2017 yg bagus tapi tercederai dg keteledoran fatal yg amat menyakitkan. Bendera kita….Merah Putih. Astaghfirullaah…’

 

 

 

 

 

Sumber: Metro

 



Sumber “Fatal yang amat menyakitkan. Bendera kita….Merah Putih. Astaghfirullaah…” – Bendera Indonesia terbalik Sukan Sea 2017, Malaysia mohon maaf

Post a Comment

Previous Post Next Post