“Hafiz dan Joy tak cukup haul kenal satu sama lain” – Bekas suami kasihan pada Joy Revfa

Bekas suami Siti Arifah Mohd. Amin atau Joy Revfa, Datuk Ray Imran, 46, turut melahirkan rasa kasihan terhadap nasib yang menimpa pengusaha kosmetik itu yang kini menghadapi masalah rumah tangga setelah hanya tiga bulan berkahwin dengan penyanyi Hafiz Hamidun.

Ray Imran

Tidak menyangka pergolakan pasangan itu terjadi ketika usia perkahwinan baru memasuki bulan ketiga, pengasas Cashmere Skin itu juga berharap agar segala perselisihan itu dapat diselesaikan dengan baik.

“Sebenarnya sebuah perkahwinan itu sangat berisiko apabila pasangan itu tidak cukup haul untuk saling mengenali isi hati antara satu sama lain. Satu dua bulan tidak cukup untuk tujuan itu dan saya lihat itulah punca yang terjadi kepada perkahwinan Hafiz dan Joy.

“Sepatutnya mereka ambil masa lebih lama lagi untuk saling mengenali, sebelum buat keputusan berkahwin. Dalam perkahwinan jangan terlalu terburu-buru membuat keputusan.

“Satu lagi, jangan ada niat lain disertakan sewaktu mahu mendirikan masjid itu. Contohnya atas kepen­tingan bisnes atau kewangan, ia boleh menjadi salah-satu penyebab kegagalan satu perkahwinan itu.

“Yang lebih penting, sikap cuba memahami antara satu sama lain dan bertolak-ansur atas kelebihan serta kekurangan masing-masing,” kata Ray kepada Mingguan Malaysia kelmarin.

Kenyataan dibuat Ray itu merujuk konflik rumah tangga Joy yang sedang dilanda badai apabila Joy memberi bz

Joy dan Hafiz disatukan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor pada 1 Mei lalu.

Pasangan itu membuat perancangan untuk berkahwin selepas 44 hari berkenalan.
Pun begitu Ray tidak pernah melupakan tanggungjawabnya dengan anak hasil perkahwinan mereka, Arryan Firdaus, 3, selepas mereka membawa haluan hidup masing-masing.

 

Ray kerap menghubungi ibu Joy, Sofia Abbas, 56, jika ada permasalahan membabitkan Arryan dan Joy.

“Saya lahirkan rasa simpati dan kasihan terhadap nasib Joy ini bukan disebabkan saya sengaja nak ‘cucuk jarum’ atau kembali kepada dia. Jangan salah faham. Sebaliknya sebagai individu yang pernah hidup bersama dengan Joy dan bapa kepada Arryan, saya turut terkesan dengan konflik yang sedang melanda.

“Pada masa sama, saya tidak merasakan diri ini layak untuk menasihati Joy. Saya sangat bimbang kalau-kalau ada kenyataan dibuat nanti menyebabkan ada pihak lain terasa hati,” katanya.

Berlapang dada untuk bertemu dengan Hafiz secara empat mata dan ‘lelaki’, Ray juga sentiasa terbuka untuk berkongsi masalah dengan penyanyi itu andai itu dapat meredakan sedikit konflik sedia ada.

Ini kerana, menurut Ray, dia tidak pernah menyimpan dendam dengan wanita yang pernah dikahwininya itu selama dua tahun sebaliknya mahu melihat Joy menikmati kebahagiaan hidup dengan seorang lelaki bernama suami.

Sumber: Utusan Online



Sumber “Hafiz dan Joy tak cukup haul kenal satu sama lain” – Bekas suami kasihan pada Joy Revfa

Post a Comment

Previous Post Next Post