Harga minyak mentah global semakin menurun tapi di Malaysia harga minyak dah 3 kali naik?

Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun

Kenaikan harga petrol sebanyak tiga kali pada bulan ini menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai berikutan harga minyak mentah di peringkat global didapati semakin menurun.

Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, situasi tersebut jelas berlawanan antara satu sama lain dan menunjukkan seolah-olah penurunan harga minyak mentah dunia langsung tidak memberi kesan terhadap pasaran tempatan.

“Mengikut laporan antarabangsa, harga mintak Brent turun lebih kurang 53 sen atau sekitar satu peratus iaitu kepada sekitar ASD50 (RM214) setong.

Namun katanya, keadaan itu berbeza di Malaysia apabila harga minyak minggu ini naik lagi sebanyak 3 sen untuk RON95 dan 4 sen untuk RON97.

Harga RON95 dan RON97 naik 4 sen seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Ogos lalu, kemudian masing-masing naik 5 sen dan 7 sen seliter pada 10 hingga 16 Ogos.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Harga minyak mentah global semakin menurun tapi di Malaysia harga minyak dah 3 kali naik?

Post a Comment

Previous Post Next Post