“Kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Hidup tak perlu puaskan hati sesiapa” – Afifah Nasir buka kembali ruang komen

Biarpun masih menegakkan kenyataan sebelum ini ini, sebentar tadi Afifah Nasir ada meluahkan perasaan di laman sosial mengenai kontroversi ‘cinta’ antara beliau dan Aliff Aziz. Malah ruangan komen yang sebelum ini ditutup gara-gara cacian peminat pun sudah dibuka.

“Kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Hidup tak perlu puaskan hati sesiapa" - Afifah Nasir buka kembali ruang komen

“Kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Hidup tak perlu puaskan hati sesiapa” – Afifah Nasir buka kembali ruang komen

Antara luahannya, Afifah meminta peminat supaya tidak menyerang keluarganya mahupun teman lelakinya diatas kesilapan yang dilakukan beliau. Pun begitu jelasnya, biarpun tidak mendapat sokongan peminat, Allah lebih tahu kebenaran disebalik apa yang terjadi.

“Kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Hidup tak perlu puaskan hati sesiapa. Relationship with god is what matters the most. Masing-masing ada hak untuk bersuara dan judge. Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, Allah tahu niat kita macam mana”

“Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Minta jasa baik semua sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Let go of your anger at me, not my family nor my bf as I believe they are innocent. Seperti yang semua nak ruang komen dibuka untuk semua,” tulisnya di Instagram.

Memang penuh ruangan komen Afifah dengan komen-komen peminat yang sudah lama memendam rasa mengenai apa yang terjadi. Namun rata-rata mula berfikiran positif dengan kenyataan Afifah dan menerima permohonan maaf beliau. Apapun baguslah semuanya sudah selesai. 

Sumber: Rotikaya

 



Sumber “Kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Hidup tak perlu puaskan hati sesiapa” – Afifah Nasir buka kembali ruang komen

Post a Comment

Previous Post Next Post