Kenapa Jeans Kepala Kain Lebih Mahal Dari Jeans Biasa? Ini Penjelasannya.

Kenapa Jeans Kepala Kain Lebih Mahal Dari Jeans Biasa? Ini Penjelasannya.

Seluar jeans semestinya menjadi pilihan untuk disarungkan ketika keluar bersiar-siar. Bermacam-macam jenama dan potongan jeans yang boleh dipilih tetapi semuanya bergantung kepada citarasa anda. Sebelum ini, pernah tak anda dengar berkenaan jeans ‘kepala kain’ atau selvedge?

Namun, yang menjadi persoalan besar adalah, kenapa jeans kepala kain ini dijual lebih mahal berbanding yang biasa? Memetik Todd Shelton, kami kongsikan kepada anda.

Inilah Punca Jeans Kepala Kain Lebih Mahal Dari Jeans Biasa

Kalau anda pernah dengar tentang ‘kepala kain’ atau selvedge, anda memang suka bundle atau anda memang peminat seluar jeans yang tegar. Bagi yang tidak pernah dengar, perkataan ‘selvedge’ berasal dari perkataan ‘self-edge’ sesuatu lembaran kain. Selvedge adalah tenunan hujung segulung kain terutamanya fabrik kain denim. 

Selvedge biasanya bewarna merah putih dan dipanggil red line selvedge.

Penjelasan Kenapa Jeans Kepala Kain Lebih Mahal Dari Jeans Biasa

Kain denim untuk non-selvedge dan selvedge juga berbeza. Kain selvedge biasanya tenunannya lebih padat dan ‘keras’ untuk dipakai berbanding non-selvedge. Anda boleh lihat pada gambar di bawah perbezaan kain non-selvedged dan selvedge. saiz gulungan kain untuk non-selvedge juga berbeza kerana ianya difokuskan untuk mass production.

Penjelasan Kenapa Jeans Kepala Kain Lebih Mahal Dari Jeans Biasa

Penjelasan Kenapa Jeans Kepala Kain Lebih Mahal Dari Jeans Biasa

Dalam satu gulungan kain, cuma beberapa helai sahaja dapat dibuat menggunakan kepala kain ini. Disebabkan itulah harga untuk jeans kepala kain ini berbeza berbanding dengan jeans yang biasa. 

Jadi bagaimana untuk check sama ada jeans ada mempunyai selvedge ataupun tidak?

Mudah sahaja. Anda hanya perlu selak kaki seluar jeans anda. Anda akan nampak jahitan benang merah dan putih yang kemas pada tulang sebelah luar jeans anda. Warna selvedge ini biasanya merah dan putih tetapi ada juga seluar jeans dengan warna selvedge yang berbeza. Benang ungu dan emas sebagai contoh.

Penjelasan Kenapa Jeans Kepala Kain Lebih Mahal Dari Jeans Biasa

Disebabkan itu kalau anda mempunyai sepasang seluar selvedge, anda perlu lipat kaki seluar anda untuk tunjuk benang selvedge. Barulah orang tahu anda pakai seluar yang rare! Seperti yang saya nyatakan di atas, seluar selvedge harganya lebih mahal berbanding seluar jeans yang biasa. 

Disebabkan itulah seluar jeans jenama Samurai, Momotaro, Flat Head, Iron Heart, Denime dan Levi’s LVC harganya mahal. Faktor lain seperti berat Oz kain dan buatan (Made In Japan atau Made In USA) turut menyumbang kepada harga sesuatu jeans.

Tetapi investment sebenarnya jika anda beli seluar jeans selvedge yang masih raw. Sebabnya anda kena ‘bela’ seluar itu sendiri dan lama kelamaan seluar itu akan jadi lusuh mengikut cara anda memakainya. Tetapi kalau anda malas untuk bela seluar yang raw, anda boleh beli jeans selvedge di kedai bundle atau preloved. Tuan kedai biasanya akan gantung seluar Selvedge ini di tempat lain sebab ianya jarang timbul dan harganya pasti lebih mahal berbanding seluar jeans yang lain.

Selepas ini rajin-rajinlah untuk selak kaki seluar ketika anda pergi menyelam. Manalah tahu anda bernasib baik dapat beli seluar selvedge pada harga murah. Dan jika anda sudah mempunyai sepasang jeans selvedge, jangan malu-malu untuk lipat kaki seluar anda dan tayang selvedge anda.


Sumber Kenapa Jeans Kepala Kain Lebih Mahal Dari Jeans Biasa? Ini Penjelasannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post