KL2017: Insiden gaduh cemari kejayaan Indonesia tewaskan Kemboja

SHAH ALAM: Skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) Indonesia mara ke separuh akhir selepas menewaskan Kemboja 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B yang dicemari insiden pergaduhan pemain kedua-dua pasukan di penghujung permainan di Stadium Shah Alam, hari ini.

 

KL2017: Insiden gaduh cemari kejayaan Indonesia tewaskan Kemboja

KL2017: Insiden gaduh cemari kejayaan Indonesia tewaskan Kemboja

 

 

Indonesia yang dibimbing jurulatih dari Sepanyol Luis Milla Aspas memerlukan kemenangan untuk muncul naib juara kumpulan dengan 11 mata, mengiringi Thailand (13 mata) yang menewaskan Vietnam 3-0 dalam satu lagi perlawanan di Selayang.

Kejayaan itu membolehkan Indonesia menempah pertemuan dengan Malaysia selaku juara Kumpulan A, manakala Thailand berdepan Myanmar di separuh akhir.

Bagaimanapun kemenangan pada aksi terakhir itu bukan mudah apabila Indonesia terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua untuk memecah kebuntuan selepas Kemboja terpaksa beraksi dengan 10 pemain, susulan Choum Pisa dilayangkan kad merah.

Anak buah Milla Aspas menggunakan kesempatan itu sebaiknya dengan meledak gol menerusi dua pemain gantian, Ezra Harm Walian pada minit ke-56 dan Febri Hariyadi (m-69).

Permainan bertambah tegang selepas itu dengan beberapa kekasaran pemain sehingga mencetuskan pergaduhan di hujung permainan.

Bagaimanapun tiada layangan kad diberikan pengadil Nagvenkar Tejas dan pemain kemudian ditenteramkan oleh pegawai pasukan masing-masing sebelum menuju ke bilik persalinan.

Sumber: Bharian



Sumber KL2017: Insiden gaduh cemari kejayaan Indonesia tewaskan Kemboja

Post a Comment

Previous Post Next Post