Lulusan Ijazah Toreh Getah Ini Akhirnya Dapat Keliling Dunia

Selepas menamatkan pengajian, pasti ramai anak muda yang inginkan pekerjaan seperti bidang yang dipelajari ketika di peringkat universiti. Sikap segelintir siswazah yang terlalu memilih pekerjaan menjadikan ramai graduan menganggur walaupun sudah beberapa tahun menamatkan pengajian. 

 

Lulusan Ijazah Toreh Getah Ini Akhirnya Dapat Keliling Dunia

Lulusan Ijazah Toreh Getah Ini Akhirnya Dapat Keliling Dunia

 

Kisah anak muda ini merupakan contoh terbaik untuk anak muda di luar sana yang masih gagal mendapatkan pekerjaan walaupun sudah lama menamatkan pelajaran. 

Pernah berkerja sebagai penoreh getah setelah misi mencari pekerjaan gagal walaupun berpuluh temuduga pernah dihadiri. 

Walaupun mempunyai Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik, dia sanggup menjadi penoreh getah sementara mencari pekerjaan yang lain. Semoga kisah anak muda ini menjadi inspirasi kepada ramai graduan dan bakal graduan di luar sana supaya terus berusaha memajukan diri untuk berjaya. 

Menganggur Sejak Tamat Pengajian

 

 

 

 

 

Kadang-kadang tu memang rasa sedih sebab tiada siapa pun yang faham dengan tekanan yang dirasai semenjak grad. Macam-macam perasaan timbul. Dah mula fikir, macam mana nak bantu keluarga kalau tak kerja, tak dapat nak bagi duit bulanan kat ibu bapa. Benda ni lah yang paling buat kita rasa sedih dan terkilan.  

Kalau bab kahwin memang tak terfikir langsung walaupun rakan-rakan yang lain dah beranak pinak. Kadang kala, sering bertanya sendiri ada ke awek yang nak kan penganggur? 

Selama diri menganggur ni macam-macam kerja pernah buat. Ada satu ketika tu sampai sanggup menjadi penoreh getah walaupun ada kelulusan Ijazah Kejuruteraan Mekatronik. Orang sekeliling pun dah mula sindir-sindir sebab ada Ijazah tapi kerja toreh getah. Bab malu tu memang dah tolak tepi. 

Mak dan abah tu tak lah bising, tapi kita ni faham-faham sendiri lah. Sampai bila kita nak kerja toreh getah, nak tak nak kena juga cari kerja tetap. Bukan tak nak cari atau memilih kerja  sebab kalau memilih tak kan lah sanggup buat kerja toreh getah ni! 

Interview Dah Berpuluh Tapi Satu Pun Tak Lekat

 

 

 

Bila jumpa sepupu atau saudara mara soalan wajib yang akan keluar dari mulut “Tak dapat kerja lagi ke?”. Depan orang ramai pulak tu. Hanya Allah saja tahu apa yang dirasai waktu tu. Kadang-kadang tengok diri ni macam seorang yang gagal. 

Dengan kawan-kawan lagi lah. Mereka semua ada kerja yang hebat-hebat padahal mereka sama-sama grad. Bila mereka plan nak pergi travel oversea sana sini, diri ini hanya mampu melihat tapi tak dapat nak pergi sama. 

Jangankan oversea, dalam negara pun belum tentu mampu. Perasaan cemburu tu memang ada sebab tengok semua dah ada kereta dan aset sendiri. Diri sendiri tetap macam tu jugak. 

Bukannya tak cuba cari kerja, hari-hari tak terkira hantar resume pada syarikat yang ada kaitan dengan kelulusan. Siap hantar sendiri melalui pos dan sampai sanggup tebalkan muka pergi drop resume kat syarikat tersebut. Dapat interiew tu memang dah banyak tapi satu pun tak lekat. Sampai satu tahap, rasa macam dah putus asa dan rasa sangat down masa tu.

Kawan Bagi Idea Masuk Latihan Kemahiran

 

 

 

 

Ada satu hari tu, terserempak dengan seorang kawan waktu zaman belajar kat universiti dulu. Kawan tu, masa zaman study dulu kelas pun malas nak pergi. Assignment pun asal boleh tiru dia tiru. Tapi tengok dia sekarang dah berjaya. Cubalah juga tanya kawan tu kalau ada lubang kerja yang boleh minta. 

Kawan pun bagi cadangan untuk sertai Kursus Kemahiran Belia di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC). Balik rumah je terus Google lah pasal benda ni. Kebetulan pula, ada satu hari terbuka yang dianjurkan dan memang dah betul-betul tekad nak cuba masuk kursus kemahiran ni. 

Lepas selesai hadiri sesi taklimat, balik rumah dan terus fikir pasal Kursus Kemahiran Belia ni. Baru tersedar dan nampak bayangan apa yang patut dilakukan. Berfikiran positif dan perlu berani cuba sesuatu yang baru. Bak kata orang, tak semestinya kita grad dalam satu bidang tu kita mesti bekerja dalam bidang tersebut.

 

 

 

Banyak Belajar Benda Baru 

Bila dah dapat ikuti latihan Kursus Kemahiran Belia di SHRDC, diri tu memang rasa terkejut sikit sebab suasana belajar tu lain dan lebih menarik lagi apa yang kita belajar di universiti tu memang tak sama. Jadi, tak lah rasa bosan, sebab sememangnya kita akan belajar benda baru. Tenaga pengajar pun ramai yang dari luar negara dan mereka memang pakar dalam bidang masing-masing. 

Bab duit memang tak perlu risau sebab yuran dah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Belajar percuma tau! Siap dapat elaun lagi mengikut kursus-kursus yang ditawarkan. Lepas juga lah duit makan.

Kursus yang disertai ni selama 18 bulan. Selama itulah, banyak belajar kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menambah pengetahuan. 

Di SHRDC ini juga, kita diberi peluang untuk menimba pengalaman dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari dengan industri kerjasama.

Rasa diri ini sangat beruntung sebab dapat ke luar negara untuk menambah lagi kemahiran yang sedia ada. Memang itu satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Merasa jugalah jejakkan kaki ke luar negara itupun setelah tamat dalam mengikuti Kursus Kemahiran Belia di SHRDC.

Rezeki Tetap Ada Cuma Lambat Atau Cepat

 

 

 

 

Sekarang ni dah 6 tahun bekerja sebagai Tenaga Pengajar di salah sebuah Pusat Latihan Kemahiran di negeri Selangor. Bila terjumpa balik rakan-rakan zaman universiti dulu memang mereka terkejut dengan perubahan yang dilalui. Malah, dah mampu nak travel ke luar negara. 

Kalau dulu, diri ini cuma boleh bermimpi untuk terbang tinggi, tapi sekarang dah boleh pergi melancong ke negara-negara seperti ke India, Perancis, Jerman, Thailand, Kemboja, Vietnam dan beberapa lagi negara. 

Kalau ada lepasan SPM atau graduan yang menganggur dari duduk rumah tak buat apa, bolehlah cuba masuk SHRDC. Pasti berbaloi. Nak maklumat lanjut pasal SHRDC ni boleh layari laman web, IG SHRDC  dan laman Facebook SHRDC.

 

 

 

Sumber: Kaki Share

 



Sumber Lulusan Ijazah Toreh Getah Ini Akhirnya Dapat Keliling Dunia

Post a Comment

Previous Post Next Post