POLIS menahan lelaki berusia 30 tahun selepas menemui sepucuk pistol bersamanya ketika suspek yang menunggang motosikal terbabit kemalangan di Kampung Alor Redis, Arau, 11 pagi hari ini.
Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kemalangan itu bergegas ke lokasi kejadian namun sebaik tiba mendapati lelaki itu memiliki sepucuk pistol.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati pistol itu berisi peluru.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagaimana suspek memiliki pistol itu dan digunakan untuk tujuan apa.
“Suspek yang cedera ringan di kaki disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Mangsa kemalangan bawa pistol
Tags:
tbKOR