Mila AF mengaku dirinya kini seorang jutawan

Juara Akademi Fantasia musim kelima yang juga juara wanita pertama siri realiti TV itu, Mila Jirin mengakui bahawa dirinya kini adalah seorang jutawan.

Mila menjawab pertanyaan wartawan mengenai status jutawan yang dipegangnya kini sewaktu ditemui pada majlis sidang media Akademi Fantasia Megastars di ibu kota.

screen-shot-2017-08-23-at-1-15-20-pm

“Alhamdulillah ini adalah berkat kerja keras saya dalam bidang perniagaan” kata wanita kecil molek ini mengiyakan pertanyaan wartawan.

Mila terkenal sebagai seorang usahawan yang berjaya mengendalikan perniagaan pakej perkahwinan Bizmilla yang begitu popular di Lembah Klang.

Mila AF mengaku dirinya kini seorang jutawan

Mila AF mengaku dirinya kini seorang jutawan

Kini selepas berehat panjang dari bidang nyanyian, penyanyi yang berasal dari Pulau Mutiara ini akan kembali berentap dalam AF Megastars.

screen-shot-2017-08-23-at-1-14-07-pm

“AF Megastar adalah waktu yang tepat untuk saya kembali selepas berehat panjang, berkahwin dan melahirkan anak.

Saya mengambil peluang ini untuk penjenamaan semula serta menonjolkan sisi berbeza saya. Secara jujur saya belum puas dengan pencapaian saya dalam bidang nyanyian” , jelasnya.

screen-shot-2017-08-23-at-1-32-44-pm

Sebagai persiapan untuk konsert nanti, Mila telah mempersiapkan diri dengan menghadiri kelas vokal bagi mengasah teknik nyanyiannya.

Sumber: Suria



Sumber Mila AF mengaku dirinya kini seorang jutawan

Post a Comment

Previous Post Next Post