Najib: Pembangkang pembohong, tidak ada kredibiliti

Pembangkang tidak mempunyai persefahaman antara satu sama lain disebabkan itu tidak mengumumkan calon perdana menteri.

najib-ph

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas barisan pembangkang dengan mendakwa Pakatan Harapan (PH) tidak ada kredibiliti dan banyak berbohong kepada rakyat.

Najib mempersoalkan tindakan PH yang sehingga kini tidak mengumumkan nama calon perdana menteri jika mereka menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Lepas isytihar ketua umum, ada presiden dan macam-macam ada. Kalau kita nak beli barang di talian pun kita boleh lihat barang itu.

“Ini nak pilih perdana menteri pun kita tidak tahu siapa. Mana boleh. Sebab itu pembangkang tidak kredibiliti dan carca marba selagi tak tentukan bakal perdana menteri.

“Tak ada kredibiliti kalau nak rakyat pilih,” katanya dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Perwakilan Umno Shah Alam di Seksyen 18 di sini.

Gabungan 4 parti dianggotai PKR, DAP, Amanah dan PPBM itu merancang bertanding di bawah 1 simbol pada pilihan raya umum akan datang.

Pada 14 Julai lalu, Majlis Presiden PH mengumumkan struktur kepimpinan baharu dengan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden.

Najib juga berkata pembangkang tidak mempunyai persefahaman antara 1 sama lain dan meminta jangan mainkan politik seperti itu yang boleh merosakkan negara.

“Itu hakikatnya. Tidak ada persefahaman, tidak ada persetujuan. Sebab itu terpaksa papar struktur sedemikian,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mempersoalkan janji pembangkang yang mahu memberi pendidikan tinggi percuma.

“Banyak mereka janji. Salah 1 janji pilihan raya umum dulu nak bagi pendidikan tinggi percuma. Tapi hari ini Unisel pun belum percuma.

“Sebab itu kita kena beritahu bahawa pembangkang banyk bohong, banyak tak dilaksana konon hapus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Kita jangan terpedaya,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Najib: Pembangkang pembohong, tidak ada kredibiliti

Post a Comment

Previous Post Next Post