PASANGAN suami isteri selebriti, Norman Hakim dan Memey Suhaiza bakal mengadakan majlis perkahwinan kali kedua pada 24 September depan.
Norman ketika ditemui berkata, majlis yang akan diadakan di Selayang, Selangor itu sempena meraikan ulang tahun keenam perkahwinan mereka. Ia dijangka akan diraikan seramai 5,000 hingga 10,000 tetamu.
“Majlis perkahwinan ini adalah sebagai gimik atau simbolik kepada majlis pelantikan rasmi kami sebagai duta sebuah syarikat katering dan acara perkahwinan.
“Kebetulan ulang tahun perkahwinan kami yang keenam semakin hampir iaitu pada 24 September ini, jadi konsep bersanding adalah sesuatu yang menarik dan romantis, katanya.
Menurut Norman, majlis berkenaan semakin menarik apabila turut diraikan bersama anak-anak dan bekas isterinya, Abby Abadi serta suaminya.
Norman berkata, majlis bertemakan Islamic Vintage turut disertakan dengan majlis doa selamat sempena meraikan kejayaan anak sulungnya Mohamed Danish Hakim, 14, yang tamat khatam al-Quran dan hafazan 30 juzuk, baru-baru ini.
Mohamed Danish adalah anak hasil perkongsian hidup Norman dan Abby.
Sumber: Harian Metro
Sumber Norman Hakim dan Memey bakal mengadakan majlis perkahwinan kali kedua